Home Tip-tip berjimat Lakukan Audit Tenaga Di Rumah Anda
Lakukan Audit Tenaga Di Rumah Anda PDF Print E-mail
Thursday, 21 July 2011 22:20

Tenaga merupakan salah satu sumber asas bagi pembangunan sesebuah negara. Pengguna-pengguna domestik dan industri perlu sedar akan kepentingan ‘kecekapan' dalam penggunaan tenaga serta memainkan peranan dan tanggungjawab bersama-sama dengan kerajaan. Bagi pengguna domestik, adalah penting untuk menyedari tahap dan jumlah penggunaan elektrik seharian anda sebelum memulakan usaha penjimatan tenaga dengan melakukan audit tenaga di rumah.

Audit Tenaga bermula dengan:

  • Mengenal pasti bilangan perkakas elektrik
  • Mengenal pasti jangka masa penggunaan
  • Mengenal  pasti kuasa yang digunakan oleh perkakas

Untuk memudahkan anda, layari laman web www.switch.org.my dan klik kalkulator bil (Bill calculator) di Sudut Riang (Fun Corner) dan ikut langkah-langkah yang berikut:

  1. Kalkulator ini adalah untuk menganggar nilai penggunaan tenaga, ia bukan nilai sebenar.
  2. Kenal pasti nilai yang perlu digunakan dalam kalkulator. Jika label anda seperti dalam Gambar 1.  Voltan dan Arus (Amperage, juga dikenali sebagai Current) seperti dalam label.
  3. Voltan yang diguna pakai di Malaysia adalah 220V hingga 240V. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa produk seperti komputer riba dan telefon yang mungkin menggunakan nilai Voltan yang rendah. Oleh itu, adalah  wajar untuk memeriksa label sebelum mengguna.
    • (Gambar rajah 1)
  4. Contoh pengiraan untuk label dalam gambar rajah 1 adalah seperti di bawah. Masukkan nilai yang sepatutnya dan tekan ‘Tambah Peralatan’ (Add Equipment):
    • Perhatian: kenal pasti nilai Arus dalam unit mAmp atau mA, sebagai contoh, 850 mAmp adalah bersamaan dengan 0.85 Amp.
  5. Terdapat juga label dengan nilai Kuasa (Watt) seperti dalam Gambar rajah 2. Label ini lebih mudah untuk digunakan.
    • (Gambar rajah 2)
  6. Contoh pengiraan untuk Gambar rajah 2 adalah seperti di bawah. Masukkan nilai yang sepatutnya dan tekan “Tambah Peralatan” (Add Equipment):
    • Perhatian: kenal pasti nilai Kuasa dalam kiloWatt atau kW, sebagai contoh 1.2 kW, ia bersamaan dengan 1200 Watt.

Artikel sumbangan Persatuan Pengguna Air dan Tenaga Malaysia

Last Updated on Thursday, 21 July 2011 22:28