Penjagaan Muka Di rumah Print
Thursday, 21 July 2011 03:17

Menjaga dan memanjakan kulit wajah adalah rutin bagi wanita, tetapi jangan terkejut jika lelaki juga menitik beratkan penjagaan kulit wajah.Pendekatan yang digunakan oleh kaum adam sedikit berbeza jika dibandingkaan dengan kaum hawa kerana lelaki tidak terlalu obses membeli produk kecantikan yang berharga ratusan ringgit hanya untuk memiliki raut wajah yang bersih.

Masih ramai lelaki di luar sana yang masih belum menemui cara yang berkesan tanpa menggunakan produk kecantikan yang berharga ratusan ringgit, Berita baik untuk semua lelaki diluar sana kini ada cara yang mudah dan murah untuk mendapatkan kulit yang cantik. Ramai yang mengetahui alam semula jadi mempunyai seribu macam khasiat tetapi jarang orang mengambil faedah daripadanya.

Tumbuhan alam semulajadi seperti buah-buahan dan juga sayur-sayuran mudah didapati di Pasar Raya dan harganya juga murah. Bagi mendapatkan kulit wajah yang halus, ambil sebiji tomato masak dan kisar halus kemudian lumurkan pada muka selama kira-kira 20 minit. Setelah itu bersihkan muka dengan air suam. Amalkan selalu. Buah tomato ini juga berfungsi untuk membersihkan kulit muka.

Untuk menegangkan kulit, tepung ubi kayu dan timun sebelum itu timun hebdaklah dihancurkan dahulu sehingga lumat, kemudian campurkan kedua-duan bahan tadi dengan sedikit air, sapukan di muka dan biarkan hingga kering. Kemudian basuh dengan air.
Sebagai petua menhilangkan jerawat pula campurkan sedikit asam jawa dengan bedak sejuk. Atau tumbukan sedikit kulit kayu manis dan campurkan bersama dengan bedak sejuk. Lumurkan pada muka yang mengalami jerawat. seterusnya bersihkan muka dengan air bersih. Kesannya akan kelihatan jika diamalkan selalu.kedut

Untuk mengelakkan kulit muka daripada cepat berkedut, bersihkan sebatang lobak merah kemudian parutkan lobak itu. Selepas itu campurkan parutan lobak brsama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Kacau hingga sebati dan oleskan pada wajah sekali sehari.