Tips Kewangan
Program Kewangan
Kesan Kenaikan Tarif Elektrik Kepada Pengguna |
Thursday, 21 July 2011 03:11 |
Kerajaan baru-baru ini telah merasionalisasikan tarif elektrik. Secara purata kenaikan tarif adalah sebanyak 7.12%. Walaupun sektor perindustrian dan perdagangan akan mengalami kenaikan purata 8.35%, pengguna domestik dengan penggunaan bulanan tidak melebihi 200 kilowatt per jam (kWj) tidak akan mengalami sebarang kenaikan tarif. Pengguna domestik akan terus menikmati kadar subsidi iaitu 21.8 sen/kWj. Seterusnya pengguna dengan penggunaan 300kWj sebulan dan ke bawah tidak akan mengalami sebarang kenaikan tarif. Dengan itu, sejumlah 75% pengguna domestik tidak akan mengalami kenaikan tarif. Tambahan pula, rebat kepada pengguna domestik yang menggunakan elektrik sehingga RM 20 sebulan akan dikekalkan sehingga akhir tahun 2011. Subsidi bagi golongan miskin ini perlu diteruskan sebagai tanggungjawab kerajaan kepada masyarakat yang miskin dan terpinggir. Kenaikan tarif adalah sebahagian besar disebabkan kenaikan harga gas asli dan kos batu arang. Gas asli dan batu arang merupakan input utama kepada pembekalan bahan elektrik. Oleh itu, kenaikan kos input tersebut akan memberi kesan langsung kepada kos pembekalan eletrik. Kali terakhir semakan tarif asas dibuat ialah pada Jun 2006. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, pelbagai kos termasuk kos infrastruktur dan kos modal telah meningkat. Ini merupakan sebahagian daripada faktor yang menyebabkan kepada rasionalisasi tarif elektrik. Apakah kesan ini kepada pengguna? Pertama, walaupun 75% pengguna tidak akan mengalami kenaikan tarif secara langsung, namun pengguna akan mengalami kenaikan harga barangan dan perkhidmatan. Apabila tarif elektrik naik, kos pengeluaran juga akan meningkat. Sejauhmana kesan kenaikan ini kepada kos barangan bergantung kepada kepentingan kos elektrik kepada pembuatan barang berkenaan. Jika kos elektrik merupakan komponen utama dalam kos pengeluaran, maka kesannya adalah besar. Apabila kos pengeluaran naik, besar kemungkinan harga jualan barangan tersebut juga akan meningkat. Maka, pengguna terpaksa membayar harga yang lebih tinggi untuk barangan tersebut. Kerajaan telah memberikan jaminan bahawa kesan kenaikan tarif ini kepada pengguna pada paras minimum. Dalam pada itu, pengguna juga harus mengambil peluang ini untuk lebih memahami tentang tenaga dan harga tenaga. Secara am, harga elektrik bagi pengguna domestik dan industri adalah rendah kerana ia diberikan subsidi oleh kerajaan. Oleh yang demikian, harga yang rendah ini tidak memberi inisiatif kepada industri dan pengguna untuk menjimatkan penggunaan elektrik. Kempen yang dijalankan oleh FOMCA untuk menggalakkan pengguna Malaysia mengambil tindakan-tindakan tertentu untuk menjimatkan elektrik dan air tidak mencapai kejayaan yang diharapkan. Mungkin bagi pengguna, jika air adalah percuma (di Selangor) dan tarif elektrik adalah murah, mengapa haruskah mereka mengurangkan penggunaannya. Kini sudah tiba masanya bagi pengguna mengubah sikap dan pendirian mereka. Lakukan penjimatan dalam penggunaan elektrik bagi menjimatkan bil elektrik mereka. Penjimatan elektrik memberikan faedah dari segi:
10 langkah untuk menjimatkan elektrik:
|