Home Tip-tip berjimat Jimat minyak guna teknologi hybrid - Pilihan pembeli kereta untuk jangka panjang
Jimat minyak guna teknologi hybrid - Pilihan pembeli kereta untuk jangka panjang PDF Print E-mail
Thursday, 21 July 2011 03:06

Teknologi hybrid adalah teknologi menjimatkan minyak yang diperkenalkan secara meluas dalam pasaran. Walaupun harganya agak mahal daripada kenderaan berteknologi biasa, kadar penggunaan minyak yang rendah menjadikan tarikan utama pembeli kepada model hybrid. Kepada mereka yang sedang mencari kereta baru yang menjimatkan minyak, mungkin anda boleh memillih kenderaan yang menggunakan enjin hybrid.

 

Kereta hybrid bermaksud gabungan enjin pembakaran dalaman (internal combustion engine) dan motor elektrik (electric motor). Ramai menyangka kereta hybrid adalah perkara baru, tetapi teknologi ini sebenarnya dimajukan lebih 100 tahun lalu. Sebenarnya banyak pengeluar kereta di Amerika Syarikat, Jerman, dan Jepun berlumba-lumba memerah otak menghasilkan teknologi hybrid.


Contohnya Toyota mula memperkenalkan kereta hybrid pertama, Prius, pada pertengahan 1997 untuk pasaran tempatan negara itu diikuti Honda yang melancarkan Honda Insight, kereta hybrid dua tempat duduk pada 1999.


Pada 2003, Honda memperkenalkan Honda Civic Hybrid yang menyamai Honda Civic konvensional. Ternyata pengeluar kereta terkemuka dunia kini menjadikan pengeluaran kereta hybrid sebagai keutamaan. Walaupun menjimatkan penggunaan minyak, kereta hybrid belum meluas di pasaran akibat pelbagai halangan, terutama harganya yang lebih tinggi.
Sebuah kereta hybrid Honda denga berkapasiti 1.3 liter berharga antara RM160,000 hingga RM170,000.


Kos kereta yang sama tetapi menggunakan enjin pembakaran dalam pula berharga antara RM110,000 hingga RM120,000. Namun, pembeli yang berkemampuan boleh membuat pilihan untuk tujuan penjimatan minyak bagi jangka panjang.

Last Updated on Thursday, 21 July 2011 03:08