16.07.2011- Hari Tidak Berbelanja Print
Tuesday, 19 July 2011 23:51

Hari tidak berbelanja merupakan sebahagian daripada program Kampen Konsumer Kebangsaan yang berlangsung atara tahun 2008 hingga 2012. Hari Tidak Berbelanja disambut pada 16 Julai setiap tahun. Pada hari ini, para pengguna digalakkan agar tidak membuat sebarang pembelian sepanjang hari. Idea ini adalah untuk meningkatkan kesedaran pengguna tentang tabiat berbelanja mereka dan memikirkan tentang kepenggunaan secara keseluruhan serta kesannya terhadap budaya serta alam semula jadi.

Budaya Tidak Membeli-belah
Membeli-belah tidak memberikan kemudaratan, namun ia bergantung kepada jenis barang-barang yang kita beli. Kita perlu memstikan tentang ‘keperluan’ dan ‘kehendak’ sebelum berbelanja. Kita perlu mengetahui alasan ‘MENGAPA’ kita membeli sesuatu agar dapat meningkatkan corak perbelanjaan pengguna dan dalam masa yang sama mengurangkan pembaziran.

Melawan Nafsu
Apabila anda tidak melakukan sesuatu, sebenarnya anda telah melakukan sesuatu! Tindakan anda untuk bersetuju mengurangkan berbelanja merupakan suatu permulaan. Hari Tidak Berbelanja merupakan hari untuk kita melawan nafsu membeli barang. Ia merupakan hari kita mencabar diri kita.

Kesan Yang Berpanjangan
Kempen ini tidak bermaksud untuk mengubah cara hidup anda dalam masa sehai sahaja, tetapi ia mampu memberi kesedaran berpanjangan-yang mungkin merupakan satu pengalaman hidup! Kempen ini akan terus terpahat diminda anda, iaitu setiap kali anda berbelanja, anda akan memikirkan kesan barang tersebut kepada alam sekitar.


Cara Menyambut Hari Tidak Berbelanja

  • Bancuh minuman anda sendiri pada waktu pagi
  • Bawa bekal untuk makanan tengahari
  • Masak sendiri dirumah
  • Berjalan kaki @ menaiki kenderaan awam untuk mengelakkan pembelian petrol
  • Merancang perjalanan terlebih dahulu untuk mengelakkan penggunaan bahan api untuk tujuan yang tidak penting
  • Menghabiskan masa dengan aktiviti-aktiviti yang tidak mengeluarkan duit seperti membaca buku,berkebun dan bersenam
  • Menggunakan barang-barang yang terpakai dirumah anda untuk dijadikan suatu barang yang baru
  • Membuat satu inventori barang-banrang yang telah sedia ada dirumah untuk mengelakkan membeli barang yang sama apabila anda membeli belah kelak
  • Menyebarkan mesej dengan memberitahu orang lain samaada secara lisan atau penulisan dib log atau laman sosial untuk menggalakkan orang lain turut sama menjayakan kempen ini.
  • Bertukar pakaian dengan rakan rapat atau ahli keluarga dan suai padan dengan pakaian anda yang lain