Mengurangkan perbelanjaan anda
Home Tanggungjawab Kewangan Mengurangkan perbelanjaan anda
Mengurangkan perbelanjaan anda PDF Print E-mail
Wednesday, 20 July 2011 03:04

Untuk meningkatkan simpanan anda, anda boleh mencari jalan untuk mendapat lebih atau kurang berbelanja. Anda boleh bermula dengan idea kurangkan perbelanjaan yang lebih senang dilaksanakan.

Adalah penting untuk memahami bahawa setiap pembelian kita buat adalah atas pilihan kita. Terdapat beberapa cara untuk membantu anda dalam mengurangkan perbelanjaan anda atau berbelanja secara berhemat:

  1. Membandingkan harga - Membandingkan harga bagi barang yang sama di tempat membeli belah yang berlainan. Semasa membuat perbandingan, pastikan berat dan kualiti adalah sama.
  2. Berubah kepada barang generik atau jenama pasar raya - Anda boleh berjimat antara 15% - 40% jika menggunakan barang generik atau jenama pasar raya besar. Biasanya kualiti barang generik dan barang berjenama tidak banyak perbezaannya.
  3. Merancang pembelian - Sebelum membeli-belah, sediakan senarai barang yang ingin dibeli dan patuhi senarai tersebut
  4. Prinsip 24 jam – menunggu sehingga 24 jam sebelum membuat keputusan pembelian bagi barang yang sangat berharga ataupun didesak oleh jurujual. Untuk membeli, selalu katakan bahawa ana ingin pulang dan berfikir. Jangan sesekali mengambil keputusan pada masa itu juga. Selepas membuat keputusan dan fikir masak-masak, sekiranya memang berbaloi untuk membelinya, barulah anda membeli barang tersebut.
  5. Menggunakan pengangkutan awam - Jika ada peluang, gunakan pengangkutan awam. Ini akan mengurangkan penggunaan petrol, tol dan bayaran tempat letak kereta.
  6. Elakkan pembelian mengikut gerak hati - Pembelian mengikut gerak hati menyebabkan anda berbelanja lebih. Barang yang ditempatkan di lokasi yang strategik seperti di kaunter pembayaran akan mempengaruhi kita untuk membeli mengikut gerak hati.
  7. Berhati-hati dengan gimik iklan - Jangan mudah terpengaruhi dengan gimik iklan dan janji-janji manis penjual. Kita perlu menyedari kebolehpercayaan sesuatu iklan dan menilai sama ada kita memerlukan barang tersebut dan bukannya dipengaruhi oleh iklannya yang menarik.

Muat turun lebih banyak tip-tip penggunaan berhemat http://www.kkk.org.my/melayu/images/3kpenggunaberhemat.pdf

 

Last Updated on Wednesday, 14 September 2011 23:29