Menyelesaikan hutang anda
Home Tanggungjawab Kewangan Menyelesaikan hutang anda
Menyelesaikan hutang anda PDF Print E-mail
Wednesday, 20 July 2011 03:02

Terdapat dua kaedah popular yang digunakan orang untuk menangani hutang. Iaitu:

  1. Menumpukan kepada membayar hutang dengan baki terkecil pertama (tidak lupakan untuk membuat pembayaran hutang yang lain).
    • Kaedah ini boleh sangat memuaskan kerana anda melihat kemajuan dengan cepat.
  2. Menumpukan kepada membayar balik hutang dengan kadar faedah tertinggi. - Kaedah ini akan menjimatkan yang paling faedah yang dikenakan dari semasa ke semasa.
    • Tidak kira apa kaedah yang anda pilih, anda perlu bersabar dan berterusan untuk menjelaskan hutang anda.

Kesan buruk hutang yang banyak

Biro kredit berperanan untuk mengumpul maklumat kredit berkenaan peminjam individu, perniagaan (perkongsian dan perseorangan), syarikat dan entiti kerajaan.

Biro kredit akan menyimpan maklumat kredit dalam sebuah sistem pengkalan yang dikenali sebagai Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (Central Credit Reference Information System – CCRIS). CCRIS akan mengumpul dan memproses maklumat tersebut menjadi laporan kredit yang boleh diguna pakai oleh mana-mana institusi untuk menilai pinjaman anda. http://creditbureau.bnm.gov.my/index.php?lang=bm

Setiap kali anda membuat permohonan bagi pinjaman baru, institusi kewangan berkenaan akan menyemak sejarah bayaran anda dengan merujuk kepada CCRIS. Sekiranya laporan CCRIS menunjukkan yang anda gagal atau lewat membuat bayaran, institusi kewangan mempunyai pilihan untuk menolak permohonan pinjaman anda kerana anda mungkin tidak menguruskan pinjaman dengan baik atau anda sebenarnya menghadapi kemelut kewangan.

Selain rekod yang tidak baik dalam CCRIS, gagal dalam membayar balik pinjaman mungkin menyebabkan anda didakwa oleh institusi kewangan, harta anda dilelong, dan anda mungkin disaman untuk pemfailan perintah bankrap sekiranya hutang anda mencecah RM 30,000 ke atas.

Jika anda menghadapi masalah hutang yang banyak dan anda tidak tahu cara untuk menyelesainya anda boleh menghubungi pihak AKPK (Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit). Ia merupakan satu agensi yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia di mana ia dapat membantu anda untuk menyediakan pelan pembayaran semula pinjaman peribadi melalui rundingan dengan penyedia perkhidmatan kewangan anda. http://www.akpk.org.my/

Last Updated on Wednesday, 14 September 2011 23:28