Home Tanggungjawab Kewangan Bersedia untuk kecemasan
Bersedia untuk kecemasan PDF Print E-mail
Wednesday, 20 July 2011 03:02

Malang tidak berbau. Kita perlu sentiasa bersedia untuk menghadapi keadaan kecemasan yang tidak dapat didugai. Selain daripada simpanan tetap yang dibuat setiap bulan, anda juga perlu untuk mengasingkan sebahagian duit anda sebagai tabung kecemasan. Tabung tersebut hendaklah dapat menampung kehidupan anda sekurang-kurangnya 6 bulan sekiranya anda tidak mendapat pendapatan pada masa tersebut, contoh seperti anda mengalami kemalangan dan tidak dapat bekerja untuk suatu tempoh masa yang panjang, atau anda dibuang kerja kerana kegawatan ekonomi. Dalam situasi tersebut, tabung kecemasan dapat membantu anda dapat menampung kehidupan harian anda untuk 6 bulan untuk memberi masa anda untuk mencari kerja baru atau pulih daripada kecederaan.

Berapakah anda perlu untuk tabung kecemasan anda? Jika anda memerlukan lebih kurang RM 2,000 sebulan untuk perbelanjaan sara hidup, termasuk bayaran tetap seperti pinjaman perumahan atau sewa, bil elektrik dan air, anda sepatutnya mempunyai sekurang-kurangnya RM 12,000 dalam tabung kecemasan (RM 2,000 X 6 bulan = RM 12,000).

Menurut kepada statistik AKPK pada tahun 2010, sebab utama mereka yang mempunyai masalah hutang adalah disebabkan perbelanjaan kesihatan yang tinggi. Ini mungkin dapat dielakkan jika seseorang itu mempunyai tabung simpanan untuk masalah kesihatannya.

Pernahkah anda berfikir berapa lamakah simpanan anda dapat menampung kehidupan harian anda jika anda tidak mendapat sebarang pendapatan?

Last Updated on Wednesday, 14 September 2011 23:27