Home Tanggungjawab Kewangan Simpan sebelum belanja
Simpan sebelum belanja PDF Print E-mail
Wednesday, 20 July 2011 03:01

Masa mendapat gaji bulanan anda, adakah anda menjelaskan hutang dahulu atau menyimpan dahulu? Adalah lebih baik untuk anda simpan dahulu sebelum sebarang perbelanjaan. Semasa mendapat pendapatan bulanan anda, anda dinasihatkan untuk menyimpan sekurang-kurangnya 10% daripada jumlah pendapatan anda. Kemudian, anda perlu membayar hutang bulanan anda dan akhirnya berbelanja dengan apa yang ada. Untuk mereka yang mempunyai lebihan duit, mungkin anda boleh membuat pelaburan untuk mendapatkan pulangan yang lebih tinggi.

Untuk mencapai matlamat kewangan, kemungkinan besar anda akan perlu menyimpan duit. Simpanan adalah bahagian penting dalam pelan pengurusan wang.

Jadikan menyimpan suatu tabiat. Terus menyimpan setelah anda mendapat pendapatan bulanan anda. Jika anda risau bahawa anda akan lupa, anda boleh beri arahan kepada bank untuk memindahkan sekurang-kurangnya 10% daripada gaji bulanan daripada akaun semasa ke akaun simpanan secara automatik setiap bulan.

Last Updated on Wednesday, 14 September 2011 23:26