Home Tanggungjawab Kewangan Menetapkan matlamat kewangan anda
Menetapkan matlamat kewangan anda PDF Print E-mail
Wednesday, 20 July 2011 02:47

Tetapkan matlamat kewangan anda adalah sangat penting dalam perancangan pelan kewangan anda. Anda perlu mempunyai matlamat kewanga yang perlu dicapai sebagai dorongan untuk mengalakkan anda dalam berjaya melaksanakan pelan perancangan kewangan anda.

Anda boleh kategorikan setiap matlamat anda kepada:

  1. Matlamat jangka masa pendek
    • Dapat dicapai dalam masa kurang daripada 1 tahun, biasanya melibatkan nilai yang rendah dan mudah dicapai seperti membeli telefon bimbit bernilai RM 800.
  2. Matlamat jangka masa sederhana
    • Dapat dicapai dalam masa 1 hingga 3 tahun, seperti membayar deposit membeli rumah pertama sebanyak RM 20,000
  3. Matlamat jangka masa panjang
    • Perlukan masa lebih daripada 3 tahun untuk mencapainya. Biasanya melibatkan amaun yang banyak seperti pelan persaraan peribadi

Muat turun borang MATLAMAT KEWANGAN SAYA

Dalam menetapkan matlamat anda, anda perlu menetapkan matlamat yang S.M.A.R.T iaitu:

  • Specific
    • Matlamat yang spesifik untuk dicapai seperti hendak mengumpulkan wang berjumlah RM 100,000 dalam masa 5 tahun.
  • Measurable
    • Matlamat yang dapat diukur atau dikira seperti hendak membeli kereta bernilai RM 56,700.
  • Achievable
    • Matlamat yang boleh dicapai mengikut kemampuan anda. Menetapkan matlamat yang terlalu tinggi boleh membawa kepada kekecewaan.
  • Rewarding
    • Matlamat yang mendatangkan kebaikan. Matlamat yang dicapai akan memberi kebaikan kepada usaha anda untuk mencapainya.
  • Trackable
    • Matlamat yang dapat dikesan. Tetapkan jadual pencapaian untuk mencapai matlamat anda, seperti mengumpulkan wang berjumlah RM 100,000 dalam masa 5 tahun, perlu mengumpul RM 20,000 untuk setiap tahun.

Selain daripada menetapkan matlamat yang S.M.A.R.T, anda juga perlu mengambil kira keperluan dan kehendak anda. Kita boleh mempunyai seberapa matlamat yang perlu dicapai dalam hidup kita. Tetapi, apakah matlamat yang hendak kita capai dahulu, bagaimanakah kita dapat menentukan matlamat yang lebih penting untuk dicapai? Anda perlu membezakan antara keperluan dan kemahuan anda, dan seterusnya menilai keutamaan anda untuk menunaikan matlamat yang lebih penting.

Selepas anda mencatatkan matlamat anda, bezakan matlamat tersebut sama ada ia keperluan atau kemahuan. Kemudian, tentukan keutamaan matlamat tersebut berdasarkan kepentingan. Contoh, menjelaskan hutang kad kredit lebih penting daripada membeli alat permainan video.

Last Updated on Wednesday, 14 September 2011 23:24