Home Tanggungjawab Kewangan Kenali kedudukan kewangan anda
Kenali kedudukan kewangan anda PDF Print E-mail
Wednesday, 20 July 2011 02:44

Sebelum melakukan sebarang perancangan, anda perlu memahami kedudukan kewangan semasa anda, iaitu dengan mengambil kira apa yang dimiliki anda dan jumlah hutang anda.

Anda boleh mengira nilai harta bersih anda untuk mengetahui kedudukan kewangan anda. Anda boleh jumlahkan semua aset seperti rumah, kereta, barang kemas dan tolak jumlah hutang yang anda tanggung seperti pinjaman rumah atau pinjaman pelajaran.

Contoh kalkulator NILAI HARTA BERSIH ANDA http://www.akpk.org.my/my/aplikasi/kalkulator?calc=content_4  

Jika anda mempunyai nilai harta bersih yang positif, ini bermaksud anda memiliki lebih daripada hutang anda. Tetapi, mempunyai nilai harta bersih yang tinggi tidak menjaminkan anda tidak akan menghadapi kesulitan kewangan. Apabila hutang anda melebihi apa yang dimiliki, nilai harta bersih anda adalah negatif. Ini bermakna anda mungkin menghadapi kesulitan semasa membayar balik hutang anda.  

Ada beberapa cara untuk menjadikan nilai harta bersih anda dari negatif kepada positif, seperti:

  • Menambah tabungan
  • Kurangkan perbelanjaan
  • Kurangkan hutang
  • Menjual sebahagian daripada harta bersih atau aset yang tidak menjanakan keuntungan

Mendapatkan laporan kredit anda
Laporan kredit anda boleh memberi gambaran keseluruhan keadaan kewangan anda. Mengkaji laporan kredit anda untuk ketepatan juga boleh membantu anda untuk mengenal pasti kesilapan atau aktiviti penipuan. Berkuat kuasa bulan Mac 2002, Biro Kredit boleh memberikan maklumat kredit kepada mana-mana individu sekiranya ada permintaan. Laporan kredit boleh diperoleh dari Bank Negara Malaysia secara percuma melalui langkah-langkah berikut dan pemohon dikehendaki membawa dokumen-dokumen asal untuk pengesahan.

Sila layari pautan di bawah untuk mengetahui cara untuk mendapatkan laporan kredit anda.  http://creditbureau.bnm.gov.my/index.php?lang=bm&ch=15&pg=24&ac=22

Last Updated on Wednesday, 14 September 2011 23:23