Menabung Amalan Mulia.
Home Simpanan Menabung Amalan Mulia.
Menabung Amalan Mulia. PDF Print E-mail
Tuesday, 19 July 2011 23:38

‘Mula-mula seringgit,lama-lama boleh jadi sejuta’.Biarpun bunyinya kelakar, tetapi berkat menabung sejak dari usia muda,bukan mustahil ia menjadi kenyataan.

Malangnya, tabiat menabung di kalangan masyarakat kita masih amat kurang khususnya di kalangan orang dewasa. Kalau ada pun hanyalah ‘ hangat-hangat tahi ayam’, atau usaha separuh jalan sahaja.

Duit tabungan baru ada sedikit,pelbagai perancangan dibuat untuk menghabiskannya dengan membeli itu dan ini. Semua orang sudah tahu kebaikannya menabung atau menyimpan untuk masa depan.

Menabung ini ada banyak jenis. Ada yang menyimpan wang tunai ke dalam tabung khas di rumah , membuka akaun simpanan peribadi atau bersama , membuat pelaburan dengan saham amanah, menabung dengan Tabung Haji dan juga yang terkini dan paling selamat menabung dengan membeli emas atau membuka akaun simpanan emas di bank tertentu yang menawarkannya.

Apa pun tabiat menabung perlu dipupuk sedari awal dan dilakukan beransur-ansur namun berkala.

Bagaimana kita hendak menanam sikap gemar menaabung kepada anak kita supaya amalan baik ini ditetapkan ke dalam jiwanya hingga ia dewasa dan berdikari.

Peringkat awal kita mungkin boleh belikan dia tabung wang ke dalam bentuk istimewa sempena tarikh istimewa yang tertentu dalam hidupnya.Contohnya,hadiahkan tabung pada hari jadinya,hari dia mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan atau sebagai ganjaran dia berkelakuan baik kepada ibu bapa dan adik-beradik yang lain.

Mulakan dengan menabung sedikit demi sedikit, berikan kepada si comel anda duit sebanyak 20 sen atau 50 sen atau seringgit dan ajar ia memasukkan sendiri ke dalam tabungnya pada setiap hari.

Pakar psikologi berkata,sesuatu perbuatan berubah menjadi tabiat atau dalam kata lain perbuatan menjadi budaya selepad diamalkan secara tetap selama 21 hari. Oleh itu, anda boleh terus mengajar anak anda memasukkan duit ke dalam tabungnya dalam tempoh itu,dan selepas itu cuba melihat sama ada dia sendiri boleh melakukannya tanpa diarah atau dipaksa.

Biasanya kemahuannya untuk menabung yang membudaya dalam dirinya menyebabkan dia secara spontan menaung pada setiap hari.

Apabila tabung sudah penuh, raikannya dengan mengira jumlah wang dalam tabung bersama-sama dengaan anak supaya dia dapat menilai dan melihat sendiri hasil usaha yang dilakukannya selama ini.

Rangsang jiwa anak anda dengan memberinya ganjaran istimewa kepada usahanya itu,sama ada membelikan dia sesuatu yang digemarinya. Atau memberinya peluang membelanjakan sendiri sebahagian atau satu pertiga wang tabungannya it untuk membeli apa yang dikehendakinya.

Jumlah yang selebihnya deposit ke dalam akaun persendiriannya supaya ia boleh dikumpulkan untuk kegunaan pengajinnya kelak.

Bagi orang dewasa pula,paksa anda menyimpan sedikit wang ke dalam akaun simpanan anda pada setiap bulan. Jika anda mengalami kesukaran be…….demikian dengan pergi dengan pergi sendiri ke bank buatlah arahan pemotongan menerusi bulanan terus ke akaun anda.

Anda mungkin tidak dapat menikmati faedah dalam masa yang singkat tetapi apabila anda melihat jumlah simpanan anda beberapa tahun selepas itu, anda akan lebih bersenang menyimpan untuk kegunaan anda dan keluarga bagi digunakan ketika keadaan memerlukan.

Bagi yang terbiasa menabung….. ini, sekiranya berlaku sesuatu yang di luar jangkaan kepada diri atau pekerjaan .Contohnya,diberhentikan kerja secara tiba-tiba (lebih-lebih dalam suasana ekonomi yang tidak menentu) anda boleh menggunakannya menampung kehidupan selama beberapa ketika selama beberapa ketika sebelum berjaya mendapatkan …..selepas itu.

Sumber: Berita Harian,29 Oktober 2010