Print
Tuesday, 19 July 2011 22:59

Bagi memenuhi keperluan perniagaan anda, institusi kewangan menawarkan rangkaian produk pembiayaan yang luas untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di bawah perbankan konvensional dan Islam. Anda boleh memilih daripada pelbagai jenis produk yang ditawarkan di pasaran, bergantung kepada keperluan pembiayaan dan kesesuaian pembiayaan tersebut dengan perniagaan anda.

PRODUK YANG BETUL UNTUK TUJUAN YANG BETUL
Umumnya, perniagaan anda memerlukan pembiayaan untuk pemerolehan asset dan modal kerja. Walau bagaimanapun, terdapat pelbagai jenis pembiayaan yang boleh anda pilih. Misalnya, untuk memperolehi peralatan perniagaan, lekapan dan kelengkapan, anda boleh memilih untuk membiayai pemerolehan tersebut melalui sewa beli perindustrian, pajakan ataupun pinjaman berjangka. Pilihan muktamad adalah keputusan anda. Walau bagaimanapun, anda mungkin ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai kesesuaian produk tersebut sebelum membuat keputusan mengenai jenis pembiayaan untuk perniagaan anda. Maklumat yang disediakan hanya sebagai panduan. Oleh yang demikian, anda harus merujuk kepada institusi kewangan anda untuk mendapatkan penjelasan dan maklumat lanjut.

PEMEROLEHAN ASET/PENGEMBANGAN PERNIAGAAN
Perniagaan anda memerlukan aset untuk beroperasi. Aset-aset ini mungkin terdiri dari harta benda tak alih seperti kilang, rumah kedai dan bangunan ataupun lainlain aset seperti kenderaan, peralatan, lekapan dan mesin. Sekiranya anda bercadang untuk membeli atau memajak aset-aset tersebut, produk pembiayaan yang tersedia adalah disenaraikan seperti berikut:

PRODUK PEMBIAYAAN

KEGUNAAN

CIRI-CIRI

FAEDAH

PINJAMAN BERJANGKA

 

Untuk memperolehi aset tetap (harta tak alih, iaitu, tanah dan bangunan serta kenderaan komersil)

Pinjaman yang diberi untuk jangka masa yang dipratentukan (tempoh), dengan pembayaran balik secara ansuran.

 

Memudahkan pengurusan dana memandangkan jumlah bayaran dipratentukan.

 

PAJAKAN

 

Untuk memperolehi modal aset seperti

peralatan dan mesin.

 

– Kemudahan yang membenarkan PKS memajak peralatan daripada institusi kewangan tanpa perlu membeli peralatan itu

– Terdapat 2 jenis kemudahan pajakan yang tersedia:

i. Pajakan Operasi Hak milik dipegang oleh institusi kewangan.

ii. Pajakan Pembiayaan Hak milik dipegang oleh institusi kewangan. Walau bagaimanapun, pemajak mempunyai pilihan untuk membeli aset tersebut pada akhir tempoh pajakan.

 

– Memudahkan pengurusan dana kerana jumlah ansuran pajakan adalah dipratentukan

– Untuk pajakan operasi, kos penyelenggaraan ditanggung oleh pemberi pajak (institusi

kewangan)

– Ansuran yang dibayar untuk pajakan layak mendapat pelepasan cukai sepenuhnya

 

SEWA BELI PERINDUSTRIAN

 

Untuk memperolehi modal aset seperti peralatan dan mesin.

 

– Satu bentuk pembiayaan yang mana aset dibeli oleh institusi kewangan dan disewakan kepada PKS dengan hak milik dikekalkan oleh institusi kewangan sehingga pinjaman dibayar balik

– PKS membuat pembayaran balik secara berkala kepada institusi kewangan

 

– Membolehkan PKS memiliki peralatan dan mesin tanpa perlu membayar amaun sepenuhnya terlebih dahulu

– Memudahkan pengurusan dana memandangkan jumlah pembayaran balik dipratentukan

– Membolehkan dana yang sedia ada digunakan bagi tujuan lain

 

 

MODAL KERJA
Selain daripada pembiayaan aset, perniagaan anda memerlukan modal kerja bagi membiayai operasi harian perniagaan. Pada amnya, bentuk pembiayaan yang paling mudah ialah kemudahan overdraf daripada bank-bank perdagangan. Namun begitu, walaupun fleksibel, overdraf mungkin meningkatkan kos perniagaan. Fi komitmen mungkin dikenakan ke atas baki kemudahan overdraf atau kredit pusingan yang tidak digunakan. Faedah-faedah dan ciri-ciri produk yang disediakan oleh institusi kewangan bagi tujuan modal kerja adalah seperti yang berikut:

 

MODAL KERJA

KEGUNAAN

CIRI-CIRI

FAEDAH

OVERDRAF (OD)

Bagi memenuhi keperluan modal kerja, iaitu pembayaran gaji, pembelian, utiliti dan lain-lain.

– Pinjaman pusingan yang disediakan kepada pelanggan perniagaan melalui akaun semasa, yang mana peminjam boleh mengeluarkan jumlah wang yang diperlukan dengan cara mengeluarkan cek selagi tidak melebihi had OD

– Fi komitmen sebanyak 1% dikenakan atas baki kemudahan yang tidak digunakan

– Faedah dikira atas kadar harian berdasarkan baki belum jelas pada akhir setiap hari perniagaan

Kefleksibelan dalam pengurusan dana kerana OD dapat digunakan secara berterusan, selagi kemudahan tersebut digunakan dengan cara yang teratur dan perniagaan terus diuruskan dengan memuaskan.

KREDIT PUSINGAN (RC)

Seperti OD, ia bersifat jangka pendek dan biasanya digunakan untuk memenuhi keperluan modal kerja jangka pendek.

– Pinjaman yang diberikan untuk satu tempoh jangka masa tertentu yang boleh dipusing semula apabila matang

– Kemudahan jangka pendek yang sesuai bagi syarikat-syarikat yang mempunyai kedudukan kewangan yang baik

– Pengeluaran pinjaman melalui surat daripada PKS kepada institusi kewangan dengan menyatakan tempoh pinjaman yang diperlukan

– Kos pembiayaan lebih rendah berbanding dengan kemudahan pembiayaan konvensional

– Dana boleh digunakan secara berterusan kerana ia adalah kemudahan pusingan

PEMFAKTORAN

Bagi memperolehi pembiayaan jangka pendek untuk hutang dagangan (jualan barangan kepada pelanggan secara kredit).

Satu kaedah pembiayaan yang mana institusi kewangan membeli invois dagangan pelanggan secara diskaun atas nilai muka invois berkenaan dan menyediakan pendahuluan tunai bagi tujuan perniagaan.

– Pendahuluan tunai diperolehi dengan mudah dan cepat

– Tidak memerlukan cagaran

– Dapat menjual pada harga yang lebih berdaya saing kepada pengguna yang membeli secara kredit

 

PEMBIAYAAN DAGANGAN
Selain daripada pembiayaan modal kerja, institusi kewangan juga menyediakan pembiayaan kepada PKS yang terlibat dalam perdagangan domestik dan antarabangsa. Sebahagian daripada kemudahan pembiayaan dagangan yang biasa ditawarkan oleh institusi kewangan adalah seperti yang berikut:

 

PEMBIAYAAN DAGANGAN

KEGUNAAN

CIRI-CIRI

FAEDAH

SURAT KREDIT (LC) ATAU KREDIT BERDOKUMEN (DC)

Bagi mengimport atau membeli barangan, bahan mentah ataupun peralatan dari pasaran tempatan.

Surat aku janji bertulis oleh institusi kewangan untuk membayar kepada penjual sejumlah wang yang dipersetujui tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

– Atas pengemukaan dokumen seperti yang ditetapkan di dalam syarat-syarat LC

– Dalam jangka masa yang ditetapkan

– Di tempat yang ditetapkan

– Dapat memastikan bayaran dibuat kepada benefisiari

– Mampu memperolehi harga belian barangan pada harga yang rendah dan jangka masa bayaran balik yang panjang kerana LC mencerminkan kepastian bayaran daripada perspektif penjual

– Dokumen yang dikemukakan akan diperiksa oleh pakar pembiayaan perdagangan

– Tidak perlu selalu berkomunikasi dengan penjual asing memandangkan keseluruhan transaksi dijalankan melalui, dan diuruskan oleh institusi kewangan

RESIT AMANAH (TR)

Memberi kemudahan kredit dengan bersandarkan bil yang dikeluarkan di bawah LC institusi kewangan itu sendiri. Oleh itu, pelanggan tidak perlu membuat bayaran serta merta ke atas LC.

Satu kemudahan pembiayaan yang membolehkan pelanggan menerima hantaran pembelian tempatan atau luar negara sebelum pembayaran bil tampak dibuat.

– Membolehkan pelanggan membayar penjual dengan serta-merta

– Membolehkan pelanggan menerima hantaran barangan tanpa perlu membuat pembayaran serta-merta

– Memudahkan aliran tunai

PENERIMAAN JURUBANK (BA)

Pembiayaan perdagangan bona fide seperti eksport, import ataupun transaksi perdagangan dalam negeri.

– Draf (Bil Pertukaran) yang dikeluarkan oleh pelanggan mengikut perintah yang perlu dibayar pada tarikh tertentu pada masa hadapan dan diterima oleh institusi kewangan bagi tujuan pembiayaan perdagangan bona fide

– Jumlah pembiayaan minimum ialah RM50,000 di dalam gandaan RM1,000 [Pengumpulan ("bunching") dibenarkan]

– Menyediakan aliran tunai sebelum hasil jualan barangan secara hutang dapat dipungut ataupun membiayai pembelian bahan mentah untuk pengeluaran

– Sentiasa boleh dijual mengikut kadar pasaran semasa sekiranya pelanggan memerlukan pembiayaan segera

– Menyediakan pembiayaan dua-hala kerana pembiayaan BA adalah terpakai untuk jualan dan belian

PEMBELIAN BIL PERTUKARAN (PBP)

Sebagai satu kaedah pembiayaan modal kerja bagi pengeksport.

Kemudahan yang disediakan oleh institusi kewangan untuk pengeksport, yang mana institusi kewangan membeli bil keluar untuk pungutan dan perolehannya dikreditkan ke dalam akaun pelanggan dengan serta-merta.

– Boleh memperolehi dana dengan sertamerta sebaik sahaja dokumen-dokumen yang diperlukan telah dikemukakan

– Boleh memperbaiki aliran tunai perniagaan memandangkan PKS boleh memperoleh dana daripada institusi kewangan dengan serta-merta

KONTRAK TUKARAN ASING (KTA)

Umumnya untuk perniagaan yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

– Kerap mengimport dan mengeksport dalam mata wang asing

– Melibatkan jumlah yang besar

– Mempunyai kedudukan kredit yang diterima oleh institusi kewangan

Pembelian dan penjualan tukaran asing secara lani ataupun hadapan yang berkaitan dengan perolehan asing ataupun pembayaran yang perlu dibuat apabila tampak ataupun pada satu tarikh hadapan yang boleh ditentukan.

– Pelanggan boleh menetapkan sendiri kadar tukaran bagi tujuan pengekosan/perlindungan nilai

– Tidak lagi terdedah kepada risiko turun naik tukaran terutamanya dalam pasaran atau keadaan mudah ubah

PEMBIAYAAN KREDIT EKSPORT (PKE)

– Lazim digunakan oleh pengeksport yang memenuhi kriteria berikut:

i. Mengeksport produk yang mempunyai nilai ditambah sekurang kurangnya 20% dan menggunakan sekurang kurangnya 30% bahan mentah/bahan input tempatan (kekurangan 2% adalah dibenarkan) dan tidak berada dalam senarai negatif Bank Negara Malaysia

ii. Pengeksport langsung hendaklah mengeksport sekurang-kurangnya RM3 juta barangan layak setahun bagi tahun kewangan terakhir dan RM3 juta bagi 12 bulan sebelumnya

– Untuk produk pertanian, amaun minimumnya adalah sebanyak RM1 juta bagi tahun kewangan terakhir dan 12 bulan sebelumnya

– Ditadbir oleh EXIM Bank

– Terdapat 2 jenis kemudahan:

i. Prahantaran

Amaun pembiayaan dikira dengan menggunakan 2 cara:

Mengikut Pesanan

80% daripada nilai pesanan eksport atau kontrak jualan dibundarkan kepada ribu terhampir.

Sijil Prestasi (SP)

Amaun yang layak dinyatakan di dalam SP.

ii. Pasca hantaran Amaun pembiayaan sehingga 100% daripada bil eksport dibundarkan kepada ribu terhampir

Sumber yang murah untuk pembiayaan eksport.

 

PERKHIDMATAN PERDAGANGAN
Untuk membantu pelanggan dalam transaksi perdagangan, institusi kewangan juga memberikan khidmat pembayaran. Bil masuk/keluar untuk khidmat pengutipan dinyatakan seperti yang berikut:

 

BIL MASUK /KELUAR

KEGUNAAN

CIRI-CIRI

FAEDAH

BIL MASUK /KELUAR UNTUK PENGUTIPAN (OBC/IBC)

Membantu pelanggan membuat pembayaran bagi transaksi perdagangan.

– Dokumen-dokumen disalurkan melalui institusi kewangan mengikut arahan khusus

– Institusi kewangan mengendalikan dokumen berdasarkan arahan yang diterima (daripada pelanggan atau cawangan lain atau institusi kewangan) untuk:

i. Mendapatkan penerimaan dan/atau pembayaran

ii. Menghantar dokumen komersil bersandarkan penerimaan dan/atau bersandarkan pembayaran

iii. Menghantar dokumen atas terma dan syarat-syarat lain

– Pembeli:

i. Satu kaedah pembayaran yang selamat memandangkan pembayaran boleh ditangguhkan oleh pembeli sehingga barangan sampai atau ditangguhkan sekiranya rancangan untuk menangguh pembayaran dipersetujui

ii. Pelanggan akan mempunyai masa untuk memeriksa dokumen sebelum membuat pembayaran/penerimaan

– Penjual:

i. Dokumen bernilai, iaitu dokumen hak milik tidak dilepaskan kepada pembeli (pesuruh bayar) sehingga pembayaran atau penerimaan telah disempurnakan

ii. Sebaik sahaja bil diterima oleh pembeli (pesuruh bayar), penjual (penyuruh bayar) boleh mendapatkan remedi undang-undang sekiranya tiada pembayaran diterima pada tarikh matang

 

JAMINAN
Di samping pembiayaan untuk perniagaan, anda mungkin memerlukan kemudahan jaminan bagi pelbagai tujuan. Pada asasnya, kemudahan jaminan ini adalah aku janji institusi kewangan bagi pihak anda (pihak ketiga) yang dibuat berasaskan undang-undang. Aku janji ini menjamin pembayaran sejumlah wang yang telah ditetapkan jumlahnya kepada benefisiari, seandainya perniagaan anda gagal menjelaskan hutangnya atau tidak melakukan sesuatu obligasi undangundang. Ini adalah tertakluk kepada pematuhan sepenuhnya kesemua syarat yang ditetapkan di dalam jaminan berkenaan. Terdapat beberapa jenis jaminan yang boleh diaturkan oleh institusi kewangan bergantung kepada keperluan-keperluan spesifik peminjam. Institusi kewangan mungkin mengambil kira beberapa faktor sebelum sesuatu jaminan dikeluarkan, seperti saiz, tempoh dan tarikh luput serta kedudukan kredit pelanggan terlibat. Berikut adalah jenis-jenis jaminan yang biasa diperolehi:

 

JAMINAN

KEGUNAAN

CIRI-CIRI

FAEDAH

JAMINAN BANK (BG)

– Menyediakan jaminan bagi kepentingan pihak ketiga untuk prestasi kerja, pembayaran, dll.

– Umumnya, jenis perniagaan yang memerlukan BG adalah kontraktor, seperti kontraktor binaan dan pembekal. Bagi sektor korporat, BG dikeluarkan untuk terbitan sekuriti hutang swasta

– Jenis jaminan:

i. Jaminan Tender atau Bon Bida

ii. Jaminan Prestasi

iii. Jaminan Pembayaran Pendahuluan

iv. Jaminan Waranti Penyelenggaraan

v. Jaminan Bendungan

vi. Jaminan Sekuriti

– Komisen akan dikenakan berdasarkan amaun dan tempoh jaminan

– Tempoh maksimum jaminan adalah berpandukan kepada peraturan Persatuan Bank-Bank dalam Malaysia, iaitu jaminan tidak boleh dikeluarkan untuk tempoh melebihi 1 tahun kecuali kontrak kerajaan. Manakala tempoh luput jaminan mestilah tidak melebihi 12 bulan selepas tarikh luput tempoh kontrak asal.

– Menunjukkan kebolehan pelanggan/ pemohon untuk melakukan kerja seperti yang ditetapkan dalam kontrak

– Boleh mendapatkan terma perdagangan yang lebih baik daripada benefisiari jika BG disertakan

– Tiada keperluan mengumpul wang tunai untuk memenuhi keperluan deposit. Dana boleh digunakan untuk pengurusan modal kerja

– Memberi pelanggan akses kepada dana terutama sekali apabila BG dikeluarkan untuk tujuan pembayaran pendahuluan atau pelepasan dana tertahan di bawah kontrak

JAMINAN PERKAPALAN (JP)

Untuk mempercepatkan penyerahan barangan yang sampai sebelum dokumen pengangkutan asal diterima.

– Jaminan atau aku janji yang dikeluarkan oleh institusi kewangan kepada ejen perkapalan untuk menyerahkan barangan tanpa memerlukan dokumen pengangkutan asal

– JP biasanya dikeluarkan apabila barangan pada asalnya diimport di bawah LC dan perlu bersandarkan kemudahan TR/BA

Membantu memastikan pengeluaran ataupun kontrak dapat dilaksanakan pada tarikh yang ditetapkan.


Sumber : bankinginfo

Last Updated on Tuesday, 19 July 2011 23:06