Home Perbankan Hak Dan Tanggungjawab Anda Sebagai Pelanggan Bank
Hak Dan Tanggungjawab Anda Sebagai Pelanggan Bank PDF Print E-mail
Tuesday, 19 July 2011 23:44

Hak Anda
Sebagai pelanggan bank, anda berhak untuk dilayan dengan adil. Sila:

  • Dapatkan salinan piagam pelanggan bank
  • Dapatkan maklumat tentang akaun deposit atau pinjaman/pembiayaan pilihan anda
  • Buka akaun perbankan asas pada kos minimum atau percuma
  • Dapatkan maklumat tentang fi dan caj
  • Minta bank anda untuk melindungi butiran peribadi anda
  • Minta bank anda maklumkan sebarang perubahan terma dan syarat
  • Minta bank anda selesaikan sebarang pertanyaan atau aduan anda dengan segera

Tanggungjawab Anda:
Sebagai pelanggan bank, anda hendaklah:

  • Membuat perbandingan sebelum memilih akaun atau pinjaman/pembiayaan
  • Meneliti dan memahami terma dan syarat
  • Memaklumkan pihak bank sebarang pertukaran butiran peribadi (alamat, nombor telefon)
  • Tidak mendedahkan butiran kad kredit dan PIN anda kepada orang lain
  • Tidak menggunakan akaun atau pinjaman/pembiayaan anda untuk aktiviti yang menyalahi undang-undang
  • Berbincang dengan pihak bank sekiranya anda mengalami masalah tentang akaun atau pinjaman/pembiayaan
  • Mengetahui hak dan perkara yang perlu dielak sebagai seorang penjamin.
  • Tidak menandatangani borang kosong