Panduan Anda Tentang Akaun Simpanan Asas Dan Akaun Semasa Asas
Home Perbankan Panduan Anda Tentang Akaun Simpanan Asas Dan Akaun Semasa Asas
Panduan Anda Tentang Akaun Simpanan Asas Dan Akaun Semasa Asas PDF Print E-mail
Tuesday, 19 July 2011 21:54

Akaun Simpanan Asas (BSA) dan Akaun Semasa Asas (BCA) merupakan akaun-akaun yang membolehkan anda melakukan transaksi perbankan asas pada kos yang minimum atau secara percuma. Anda boleh membuka akaun ini di mana-mana institusi perbankan.

Siapakah yang layak membuka BSA dan BCA?

  1. BSA:
    1. Individu¹
  2. BCA:
    1. Individu¹
    2. Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)

Setiap individu boleh membuka satu BSA dan satu BCA di setiap institusi perbankan.
PKS pula boleh membuka satu BCA di setiap institusi perbankan.

Berapakah jumlah yang diperlukan untuk membuka BSA dan BCA?

  1. BSA - tidak melebihi RM20
  2. BCA - tidak melebihi RM500

Apakah yang boleh saya lakukan melalui BSA dan BCA?
Sebagai seorang pemegang BSA dan BCA, anda mempunyai:

  • Enam kunjungan ke kaunter (OTC) secara percuma sebulan untuk melakukan pelbagai transaksi dalam setiap kunjungan.
  • Lapan pengeluaran wang secara percuma sebulan melalui ATM²
  • Dua transaksi GIRO Antara Bank sebulan dengan bayaran RM0.50 setiap transaksi.
  • Deposit cek atau deposit tunai secara percuma melalui mesin deposit³
  • Pertanyaan berkenaan akaun dan pemindahan wang dalam institusi perbankan yang sama secara percuma melalui ATM dan perbankan Internet.
  • Pembayaran bil secara percuma melalui perbankan Internet.

¹ Merujuk kepada warganegara Malaysia dan pemastautin tetap.
² Lazimnya, kad ATM tidak diberikan kepada PKS kecuali kepada pemiliktunggal dan tertakluk pada dasar institusi perbankan berkenaan.

 

³ Sekiranya cawangan tersebut tidak mempunyai mesin deposit, sebarang transaksi deposit boleh dilakukan di kaunter secara percuma dan tidak dikira sebagai OTC. Oleh itu, sekiranya cawangan tersebut mempunyai mesin deposit tetapi anda memilih untuk ke kaunter, transaksi tersebut dikira sebagai OTC.

Sekiranya institusi perbankan anda tidak menawarkan kemudahan GIRO Antara Bank dan /atau kemudahan ATM, ia akan digantikan dengan memberi anda lebih OTC secara percuma. Dalam kes ini, jumlah OTC yang anda terirma adalah seperti berikut:

  • Tanpa kemudahan GIRO Antara Bank - 8 OTC
  • Tanpa kemudahan ATM dan GIRO Antara Bank - 16 OTC

Institusi perbankan anda juga mungkin menawarkan pilihan sama ada untuk mendapatkan kemudahan pengeluaran wang melalui ATM dan OTC secara tidak terhad dengan bayaran fi tahunan tidak melebihi RM8 setahun. Walau bagaimanapun, sekiranya anda seorang warga emas, anda boleh memilih untuk melakukan semua transaksi perbankan melalui OTC, tertakluk pada I 6 kunjungan sebulan.

 

Apakah jenis fi dan caj yang dikenakan atas BSA dan BCA?
Fi dan caj yang dikenakan adalah seperti yang berikut:

Jenis fi dan caj

BSA

BCA

Caj perkhidmatan atau penyenggaraan

Tidak dikenakan.

 

RM 10 akan dikenakan atas akaun yang mempunyai baki purata kurang daripada RM 1,000 dalam tempoh setengah tahun.

Penggantian kad ATM/Bankcard

Tidak melebihi RM 12

Penutupan akaun

Tidak dikenakan, kecuali jika pemegang akaun menutup akaun dalam tempoh tiga bulan selepas akaun dibuka (tidak melebihi RM20)

Pengeluaran buku cek

Tidak berkenaan

Tidak dikenakan, kecuali duti setem

Pengeluaran wang melalui kemudahan ATM milik institusi perbankan lain

 

Yang berkongsi rangkaian ATM yang sama dengan institusi perbankan anda, contohnya rangkaian Malaysian Electronic Payment System (MEPS) atau house, dengan caj semasa sebanyak RM 1 bagi setiap transaksi.

Yang tidak berkongsi rangkaian ATM yang sama dengan institusi perbankan anda, dengan caj semasa antara RM8 ke RM 12 bagi setiap transaksi.

 

Adakah saya akan dikenakan caj sekiranya BSA atau BCA saya tidak aktif (dormant)?
Ya. Sekiranya BSA atau BCA anda tidak aktif (akaun yang tidak mempunyai sebarang transaksi dalam tempoh setahun), anda mungkin dikenakan caj. Sekiranya akaun anda mempunyai baki melebihi RM 10, institusi perbankan anda akan mengenakan fi perkhidmatan tidak melebihi RM 10 setahun sehingga baki yang masih ada di dalam akaun anda dihantar kepada Pendaftar Wang Tidak Dituntut mengikut Akta Wang Tidak Dituntut 1965. Sekiranya baki di dalam akaun anda kurang daripada RM 10, institusi perbankan akan menutup akaun anda dan menyerap baki tersebut sebagai caj.

Adakah saya mendapat sebarang pulangan atas simpanan dalam BSA saya?
Anda akan dibayar faedah atas BSA yang dibuka di bawah skim perbankan konvensional. Jika BSA anda dibuka di bawah skim perbankan Islam, anda mungkin menerima hibah atau keuntungan.

Bagaimana sekiranya institusi perbankan menolak permohonan saya untuk membuka BSA atau BCA?
Institusi perbankan dikehendaki memaklumkan kepada anda secara bertulis alasan penolakan tersebut dan memberi panduan berhubung saluran mendapatkan pembelaan, contohnya, melalui unit aduan institusi perbankan, Bank Negara Malaysia LINK atau Bank Negara MalaysiaTELELINK.

Di manakah saya boleh mendapatkan maklumat berkenaan BSA dan BCA?
Anda boleh mendapatkan maklumat berkenaan BSA dan BCA daripada cawangan serta laman web institusi perbankan berkenaan.

Glosari
GIRO Antara Bank - Satu sistem pemindahan wang secara elektronik untuk pembayaran antara bank sehingga jumlah maksimum RM 100,000 bagi setiap transaksi.

Kunjungan ke kaunter (OTC) - Kunjungan ke kaunter bank untuk melakukan transaksi perbankan. Setiap kunjungan ke kaunter dikira sebagai satu OTC tanpa mengambil kira bilangan transaksi yang dilakukan.

Warga emas - Warganegara Malaysia dan pemastautin tetap yang berusia 55 tahun ke atas.

Program pendidikan pengguna oleh:

BANK NEGARA MALAYSIA
www.bankinginfo.com.my