Tibanya Waktu Untuk Berhati-Hati Dalam Perbelanjaan
Home Pengurusan Kewangan Tibanya Waktu Untuk Berhati-Hati Dalam Perbelanjaan
Tibanya Waktu Untuk Berhati-Hati Dalam Perbelanjaan PDF Print E-mail
Tuesday, 19 July 2011 04:54

Keadaan ekonomi sekarang merupakan waktu yang agak mencabar. Inilah waktu yang terbaik untuk menilai kedudukan kewangan anda. Malah, adalah lebih penting untuk anda mengetahui kedudukan kewangan anda dan mula meneliti ke mana wang dibelanjakan. Jika tidak, kesukaran yang akan anda hadapi bukan hanya untuk bertahan, malah segala matlamat masa hadapan pun mungkin tidak tercapai.

Mengira Nilai Bersih Anda
Langkah permulaan anda adalah untuk mengambil tahu Nilai Bersih anda. Ataupun, dalam bahasa yang mudah, mencari keseluruhan kedudukan kewangan anda. Mulakanlah dengan senarai aset : harta (dan nilai pasarannya) kepunyaan anda yang boleh dijual. (Lihat Kertas kerja 1: Penyata Nilai Bersih)

Kemudian senaraikan pula liabiliti: baki-baki hutang anda dengan pihak ketiga (bank, syarikat-syarikat kewangan, pusat membeli belah, kad kredit dan sebagainya).

Tolakkan jumlah liabiliti (jumlah dari senarai liabiliti anda) daripada jumlah aset (jumlah nilai senarai aset anda), dan anda akan mendapati Nilai Bersih anda: inilah satu-satunya nilai yang menentukan kedudukan kewangan anda.

Jika perbezaan antara harta dan hutang anda memberi nilai yang positif, ini bermakna anda mempunyai Nilai Bersih yang positif. Sebaliknya, jika ia didapati negatif, anda sedang menanggung kerugian (“insolvent”).
Analisa Aliran Tunai Bulanan Anda

Selepas mengenal pasti keseluruhan status kewangan anda, langkah yang seterusnya adalah menganalisis pengaliran tunai bulanan anda. Ini akan menunjukkan ke mana arah anda – sama ada anda mengumpul wang, bertahan atau terus dibelenggu hutang. Anda boleh mengetahuinya dengan memeriksa pendapatan dan perbelanjaan bulanan anda. (Lihat Kertas kerja 2: Penyata Aliran Tunai)

Jika anda mempunyai wang yang lebih pada akhir bulan setelah menjelaskan semua perbelanjaan, maka nilai bersih anda akan meningkat. Anda harus menyimpan atau melaburkan baki yang lebih ini. Sebaliknya pula, jika anda tidak dapat menampung keperluan bulanan, anda harus pula mengubah suai perbelanjaan agar anda dapat membayar semua bil atau komitmen anda.

Tidak kira ke mana arah kewangan anda, ketetapan anda untuk memeriksa perbelanjaan anda secara berterusan adalah penting untuk anda berjaya menguruskan wang, terutamanya dalam tempoh yang sukar seperti sekarang.

Berikut adalah beberapa perkara penting untuk dipertimbangkan dalam perbelanjaan utama anda.

Pendidikan

Pendidikan merupakan satu perkara penting dalam pertimbangan pelan kewangan anda. Walaupun anda perlu menanggung kos untuk mendapatkan ijazah atau sijil di kolej, perbelanjaan ini biasanya salah satu pelaburan terbaik yang boleh anda lakukan. Secara purata, seseorang yang memiliki pendidikan yang lebih tinggi dan kemahiran kerja yang memenuhi kehendak pasaran selalunya mendapat pendapatan yang lebih. Mendapatkan pendidikan tambahan adalah salah satu pelaburan terbaik yang harus kita lakukan.

Pengurusan hutang
Pada dasarnya berhutang bukanlah satu idea yang (teruk?). Yang mencabar tentang berhutang adalah selain membayar semula pokok hutang (jumlah asal yang dipinjam), anda juga harus membayar faedah yang dikenakan atas baki hutang tersebut. Bagi pinjaman 30 tahun untuk perumahan, umpamanya, peminjam akan membayar lebih dua kali ganda nilai pembelian rumah tersebut, disebabkan oleh tambahan yang diperlukan untuk membayar faedahnya. Jadi, jika anda boleh mengelak diri dari meminjam wang, ini adalah lebih baik untuk jangka masa panjang.

Walau bagaimanapun, anda mungkin amat memerlukan pinjaman wang dalam situasi yang lain pula. Anda memerlukan pinjaman sama ada untuk tujuan perniagaan, pembelian rumah atau kereta. Walaupun pinjaman dibuat atas alasan tersebut, adalah lebih baik untuk anda mempunyai sedikit wang tambahan di dalam bajet anda untuk waktu kecemasan. Kecemasan dan perbelanjaan yang tidak terduga selalunya timbul bila-bila masa sahaja.

Oleh itu, anda haruslah berhati-hati sebelum melibatkan diri anda dalam apa-apa komitmen hutang. Hutang yang tidak dilangsaikan serta-merta akan bertambah banyak tanpa disedari anda.

Membeli rumah
Selain kos tambahan yang berkaitan dengan pembelian rumah seperti bayaran pendahuluan (selalunya 10 atau 20 peratus dari harga pembelian) dan yuran ansuran, anda harus membuat pertimbangan mengenai kos urus selia dan yuran-yuran lain yang berkaitan.

Jika anda membuat keputusan untuk menjual rumah anda, bayaran yuran ejen hartanah perlu dibayar terlebih dahulu. Selain itu terdapat juga beberapa kos pentadbiran seperti duti stem, yuran guaman dan sebagainya serta bayaran denda terhadap pinjaman perumahan jika rumah tersebut dijual dalam tempoh wajib (“lock-in period”) pinjaman tersebut. Perkara-perkara ini akan menambah beberapa peratus harga jualan asal. Oleh sebab kos-kos tambahan ini, sesiapa yang ingin membeli rumah hanya untuk tinggal di dalamnya untuk jangkamasa yang pendek dan kemudian menjualnya semula, hendaklah membuat keputusan tersebut dengan pengetahuan kewangan yang bijak.

Ciri-ciri lain yang harus dipertimbangkan sebelum membeli rumah adalah keadaan pasaran hartanah (sama ada nilai rumah di kawasan tersebut sedang naik atau merosot), lokasi (rumah di lokasi permintaan ramai selalunya boleh dijual dengan sambutan yang lebih baik) dan sama ada rumah tersebut akan memenuhi keperluan anda dan juga keperluan pembeli yang akan datang.

Pengangkutan
Mempunyai kereta sendiri memberi seseorang itu satu kemudahan yang indah, tetapi ia boleh memakan sebahagian besar dari bajet perbelanjaan atau persendirian anda. Jika anda tidak mampu membeli sesebuah kereta, jumlah perbelanjaan yang berkaitan dengannya akan meningkatkan harganya lebih dari harga asal yang disangkakan, apatah lagi perbelanjaan seperti insuran, kos memperbaiki dan penjagaan serta bayaran ansuran pinjaman. Memandangkan kenaikan harga minyak sekarang, menggunakan pengangkutan awam (bas, LRT, komuter, dsb.) mungkin menjadi pilihan yang lebih munasabah. Walaupun tidak semudah menaiki kereta sendiri, pilihan ini tetap lebih murah.

Tetapi jika anda tiada pilihan lain dan terpaksa membeli kereta disebabkan ketiadaan pengangkutan awam di kawasan tempat tinggal anda atau disebabkan alasan sah yang lain, anda perlu memastikan kemampuan anda untuk membayar segala kos yang terlibat, terutamanya kos minyak dan penyelenggaraannya.

Makanan
Kos makanan merupakan satu lagi bahagian utama dalam bajet sesebuah keluarga. Secara am, membeli secara borong, dan kemudiannya menyediakan makanan di rumah adalah lebih menjimatkan daripada membeli barang makanan yang telah diproses atau makan luar di restoran. Tambahan pula, ramai keluarga mendapati bahawa menanam sendiri sayur-sayuran di halaman rumah atau kebun juga membantu dalam mengurus bajet makanan mereka.

Pakaian
(Setiap orang memerlukan pakaian, namun ia juga memberi peluang kepada anda untuk berjimat cermat. Jika anda merancang membeli pakaian dengan baik, anda dapat mengawal bajet dan membeli dengan berhemat.) don’t understand, need to rephrase

Membeli pakaian yang berkualiti dan bergaya tradisional boleh menjimatkan dalam jangkamasa yang agak panjang. Pakaian sebegitu boleh tahan lama dan akan bertahan melalui dunia fesyen yang sering berubah. Pendekatan ini lebih murah dalam masa panjang daripada membeli pakaian yang kurang berkualiti atau yang mengikuti fesyen terkini.

Simpanan
Anda juga perlu memberikan tumpuan kepada tabiat menyimpan wang. Walaupun simpanan sering dianggap sebagai suatu yang mewah, ia sepatutnya dari awal lagi dimasukkan dalam bajet setiap rumahtangga. Ia bertujuan untuk menghadapi keperluan waktu kecemasan atau perbelanjaan yang tidak diduga, yang akan timbul pada bila-bila masa sahaja. Dengan adanya simpanan, anda sudahpun bersedia untuk mengurangkan kesan malapetaka itu. Dari sudut aspek ini juga, simpanan wang boleh dianggap sebagai perbelanjaan yang ditangguh untuk masa hadapan.

Selain daripada mengadakan dana simpanan untuk kecemasan, banyak lagi alasan yang boleh diberi bagi menyimpan wang, seperti perbelanjaan dirancang untuk membeli rumah, kereta, barang-barang persendirian, rancangan pendidikan dan juga matlamat untuk meninggalkan dana pusaka. Semua matlamat kewangan ini memerlukan satu elemen yang sama, iaitu disiplin diri untuk tetap menyimpan sejumlah amaun minimum, malah amaun yang semakin bertambah ke arah dana simpanan anda.

Anda juga harus mengawasi berbagai-bagai kaedah pengiklanan yang mencuba mengubah minda anda ke arah yang berlawanan. Mereka sentiasa memberi galakan untuk “beli sekarang, bayar kemudian” dan pandai menipu minda anda dengan anggapan bahawa gaya hidup serba mewah ini adalah sebenarnya ganjaran hidup anda. Disiplin diri untuk menyimpan wang dan pemikiran waras yang mengetahui waktu yang sesuai untuk membeli-belah, adalah asas utama dalam usaha anda untuk membina dana kewangan masa hadapan yang berjaya.

Kertas kerja 1: Penyata Nilai Bersih

NAMA SAYA

PENYATA NILAI BERSIH

pada…..

ASET

RM

RM

LIABILITI/

NILAI BERSIH

RM

RM

Tunai/Setara Tunai

 

 

Liabiliti Semasa

 

 

Akaun Simpanan

 

 

Baki Bil Kad Kredit

 

 

Akaun Simpanan Tetap

 

 

Akaun Overdraf

 

 

Nilai Tunai (Ins Nyawa / Takaful)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Aset-Aset Pelaburan

 

 

Liabiliti Jangka Panjang

 

 

Amanah Saham

 

 

Pinjaman Rumah (Kediaman)

 

 

Saham Disebut Harga

 

 

Pinjaman Pelaburan Hartanah

 

 

Pelaburan Hartanah

 

 

Baki Pinjaman Kereta

 

 

Baki Akaun KWSP

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Aset Persendirian

 

 

NILAI BERSIH

 

 

Rumah Kediaman

 

 

 

 

 

Kereta

 

 

 

 

 

Kandungan Rumah

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

JUMLAH ASET

 

 

JUMLAH LIABILITI / NILAI BERSIH

 

 

 

Kertas kerja 2: Penyata Bulanan Aliran Tunai

 

NAMA SAYA

PENYATA BULANAN ALIRAN TUNAI

Bagi bulan berakhir pada…..

ALIRAN KE DALAM

RM

RM

Pendapatan Bersih & Bonus

 

 

Pendapatan Dividen

 

 

Pendapatan Sewa Bersih

 

 

Lain-lain Pendapatan

 

 

Jumlah Aliran Ke Dalam

 

 

ALIRAN TETAP

 

 

Simpanan / Pelaburan Tetap

 

 

Caruman Insurans Nyawa atau Takaful

 

 

Ansuran Pinjaman Rumah

 

 

Ansuran Pinjaman Kereta

 

 

Gaji Pembantu Rumah

 

 

Jumlah

 

 

ALIRAN KELUAR BERUBAH

 

 

Cukai Dibayar

 

 

Makanan, Pakaian & Perbelanjaan Hiburan

 

 

Perbelanjaan Rumah (utiliti, bil-bil memperbaiki, dsb.)

 

 

Kos Pengangkutan (bil membaiki kereta, cukai jalan, insurans & minyak)

 

 

Perbelanjaan Anak-anak (yuran, buku-buku, permainan, dsb.)

 

 

Elaun Bagi Ibubapa

 

 

Jumlah

 

 

Jumlah Aliran Keluar

 

 

 

 

 

ALIRAN TUNAI BERSIH (SURPLUS/ DEFISIT)

 

 

 

Artikel ini adalah sumbangan dari Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK). AKPK merupakan sebuah agensi yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia sejak 2006, dan mereka menawarkan perkhidmatan dari segi pendidikan kewangan, kaunseling kewangan dan program pengurusan kredit. Hubungi AKPK melalui 1-800-88-2575 atau layari laman web www.akpk.org.my. AKPK turut berada di www.youtube.com, www.facebook.com dan juga di www.twitter.com/AKPK1. Perkhidmatan AKPK kepada individu adalah percuma.

Last Updated on Tuesday, 19 July 2011 05:00