Pendidikan Kewangan dan Pengguna
Home Pengurusan Kewangan Pendidikan Kewangan dan Pengguna
Pendidikan Kewangan dan Pengguna PDF Print E-mail
Tuesday, 19 July 2011 04:34

Adalah cukup penting agar usaha-usaha yang aktif dan berkesan dikendalikan untuk membantu pengguna Malaysia menguruskan kewangan mereka dengan lebih cekap dalam persekitaran yang mencabar ini.  

Dalam satu kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa pengguna Malaysia tidak menguruskan kewangan mereka dengan baik. Mereka tidak mempunyai pengetahuan yang cukup tentang produk kewangan dan tidak mempunyai kemahiran untuk membuat keputusan kewangan untuk menjaga kepentingan kewangan mereka.  Kekurangan ini sudah tentu akan memberi kesan terhadap pengurusan harian individu dan keluarga. Begitu juga ia akan mempengaruhi kemampuan untuk membuat  tabungan untuk matlamat jangka panjang seperti membeli rumah, mendapatkan pendidikan tinggi bagi diri atau anak dan juga mempunyai tabungan yang cukup untuk persaraan.

Pengurusan kewangan yang kurang berkesan juga boleh menyebabkan agar pengguna agar terbuka kepada krises kewangan bila menghadapi kecemasan seperti isu perubatan, hilang pekerjaan atau kemalangan.

Jadi, pendidikan kewangan memberi manfaat kepada pengguna dalam setiap peringkat umur dan tahap pendapatan.

Bagi golongan muda dewasa yang baru memasuki alam pekerjaan, ia boleh dijadikan perkara asas bagi menguruskan bajet dan simpanan serta mengawal perbelanjaan serta hutang.

Pendidikan Kewangan boleh membantu sesebuah keluarga membentuk disiplin untuk membuat tabungan sendiri di rumah atau untuk keperluan pendidikan anak-anak.  Ia juga menggalakkan penggunaan berhemat dan mengurangkan perbelanjaan di rumah.

Pendidikan Kewangan boleh membantu pekerja yang telah berumur untuk memastikan mereka mempunyai simpanan yang cukup untuk menjalani kehidupan persaraan yang selesa dengan menyediakan mereka  dengan maklumat serta kemahiran membuat pelaburan secara bijaksana dan pilihan simpanan.
Pendidikan pengurusan kewangan boleh membantu pengguna yang pendapatan rendah untuk menggunakan apa yang mereka miliki dan buat keputusan kewangan yang bernilai untuk wang mereka semasa membeli sebarang produk kewangan.

Untuk pengguna yang mempunyai wang untuk membuat pelaburan, pendidikan pengurusan kewangan dapat meningkatkan kefahaman tentang maklumat kewangan yang asas seperti risiko dan pulangan serta maklumat yang lebih spesifik tentang pelbagai jenis pelaburan.

Pengguna memerlukan pengetahuan tentang pengurusan kewangan untuk menilai dan membandingkan pelbagai maklumat yang kompleks tentang produk dan perkhidmatan kewangan. Tanpa pengetahuan kewangan yang asas, pengguna mungkin tidak dapat membeli produk dan perkhidmatan kewangan yang mereka perlukan atau mungkin mereka telah membeli sesuatu produk kewangan yang tidak diperlukan atau tidak sesuai.

Pendidikan pengurusan kewangan dapat membantu pengguna untuk menjadi lebih berpengetahuan tentang produk dan perkhidmatan kewangan. Pengguna mengetahui saluran untuk mendapatkan maklumat kewangan dan memanfaatkannya, serta menggunakan maklumat tersebut untuk membuat keputusan yang lebih baik.  

Secara am, pendidikan kewangan adalah proses cara mana pengguna meningkatkan kefahaman mereka tentang produk dan perkhidmatan kewangan agar mereka mendapat membuat keputusan berdasarkan maklumat yang tepat dan melindungi diri daripada pelbagai penipuan serta pengguna boleh mengambil tindakan untuk memperbaiki kesejahteraan kewangan masa kini dan pada masa hadapan.

Daripada aspek yang lain, operasi pasaran dan persaingan di pasaran akan menjadi  kurang cekap sekiranya pengguna tidak ada pengetahuan atau kemahiran untuk menguruskan hubugan mereka dengan institusi kewangan dengan baik. Pengguna yang berpengetahuan dan berkeyakinan akan menuntut dan berunding untuk produk dan perkhidmatan yang mengisi matlamat jangka panjang dan jangka pendek pengguna. Oleh itu, pembekal produk dan perkhidmatan kewangan terpaksa menyediakan produk dan perkhidmatan yang mempunyai ciri-ciri yang ditunutut oleh pengguna yang berpengetahuan tersebut.  Akan tetapi sekiranya pengguna tidak mempunyai pengetahuan, kemahiran atau keyakinan untuk secara jelas dan nyata memahami keperluan mereka dan terus menuntut daipada institusu kewangan produk dan perkhidmatan yang mengisi keperluan mereka, pengguna akan terikut-ikut”nasihat” penjual atau agen yang seringkali lebih mementingkan komisyen mereka daripada kebajikan pengguna. Ada kemungkinan keputusan pengguna di dalam konteks ini akan mengakibatkan dengan kerugian dan pembaziran yang akan dihadapi oleh pengguna.