Home Pengurusan Kewangan Menetapkan Matlamat Anda
Menetapkan Matlamat Anda PDF Print E-mail
Tuesday, 19 July 2011 04:31

Masa depan ekonomi seseorang individu adalah dipetakan melalui strategi kewangan seperti perancangan peribadi seperti pemilihan kerjaya, pengurusan kredit dan perancangan cukai. Strategi ini harus mencerminkan tujuan anda dan direka untuk menutup jurang antara di mana anda berada dan di mana anda inginkan.


KERJAYA PILIHAN
Terdapat ratusan senarai pilihan kerjaya pada masa kini meliputi seluruh bidang kehidupan. Anda tentu berhadapan dengan situasi yang sukar untuk membuat pilihan kerjaya jika anda tidak tahu apa yang benar-benar anda mahukan. Sebahagian besar pendapatan anda dipengaruhi oleh upah dan gaji daripada kerjaya yang dipilih. Melalui pekerjaan, anda memerlukan pendapatan untuk membina hidup, membeli barang dan mendapatkan perkhidmatan termasuk perlindungan insurans, menyimpan dan melabur serta merancang persaraan anda.

ASAS PENGURUSAN WANG
Asas pengurusan wang melibatkan mengurus dan menyemak tabungan. Sememangnya menguruskan aset kewangan merupakan langkah pertama menuju pengurusan yang baik berbanding dengan aset kewangan yang lebih rumit seperti pelaburan dan akaun bersara. Menguruskan akaun simpanan melibatkan pemahaman pentingnya simpanan, menetapkan tujuan simpanan dan memilih akaun simpanan yang memberikan tawaran yang terbaik. Terdapat pelbagai bank yang menawarkan pelbagai akaun tabungan dengan kadar faedah, caj dan kualiti perkhidmatan institusi perbankan mereka.

PENGURUSAN KREDIT
Kredit adalah bidang kewangan peribadi yang membolehkan seseorang untuk menerima wang, barang, atau perkhidmatan dalam bentuk pinjaman dengan bersetuju untuk membayar peminjam pada jangka waktu dan kadar bunga kredit tertentu.  Pengurusan kredit memerlukan pemahaman tentang tujuan meminjam wang bagi mendapat tawaran yang baik; dan bagaimana untuk mengira beban kewangan dan bayaran bulanan. Ia juga melibatkan bagaimana untuk memperbaiki catatan kredit yang buruk dan tempat untuk mendapatkan bantuan jika anda menghadapi kesulitan.

PERANCANGAN CUKAI
Setiap orang berhadapan dengan pelbagai jenis cukai untuk dibayar kepada persekutuan, negeri dan pemerintah daerah. Oleh itu, rancangan kewangan peribadi harus melibatkan cukai dan kerja bagi meminimumkan beban cukai individu. Tujuan pengurusan cukai untuk menilai pendapatan semasa dan akan datang seseorang dan mengetahui langkah yang berlainan bagi mengurangkan pembayaran cukai. Terdapat salah anggapan yang biasa dibuat iaitu hanya yang berpendapatan tinggi sahaja yang perlu terlibat dengan perancangan cukai. Menguruskan cukai anda dengan baik membolehkan wang anda dipimpin untuk simpanan tanpa memerhatikan tahap pendapatan anda.  

PEMBELIAN EFEKTIF
Dalam batas anggaran peribadi, seseorang individu berhak sebagai pengguna untuk memilih atau menolak kebanjiran pelbagai produk dan perkhidmatan yang sedia. Apabila anda membeli hartanah, kereta dan barang-barang utama yang lain, anda telah membelanjakan sebahagian besar daripada wang anda. Jangan mensia-siakan pendapatan anda dan simpanlah untuk kesihatan diri anda.

INSURANS
Mengiku kajian (International Journal of Business and Society, 1/7/2009) kurang daripada 30% rakyat Malaysia dilindungi oleh insurans hayaat. Walaupun betapa berhati-hatinya anda, anda tidak boleh mengelak daripada berdepan dengan ketidaktentuan dalam kehidupan. Insurans telah direncanakan untuk melindungi harta anda daripada kemalangan, kesakitan, kecacatan, dan kematian. Matlamat anda adalah untuk mendapatkan insurans yang sesuai bagi setiap perkara insurans utama (hidup, kesihatan, kecacatan, kekayaan dan tanggungan).

PENGURUSAN PELABURAN
Pelaburan adalah proses dimana wang diperolehi melalui kerja, warisan atau peninggalan, atau daripada sumber lain. Pengurusan pelaburan yang baik adalah komponen penting bagi perancangan kewangan dan boleh membuatkan ia mudah untuk mencapai matlamat utama lain seperti membeli rumah, menghantar anak ke universiti, memulakan perniagaan, atau bersara dengan selesa. Amat sukar sekarang ini untuk menggandakan kekayaan tanpa melabur.


Bercermat dalam semua aspek kehidupan adalah asas membina kekayaan. Jika anda berimpian untuk mendapat kebebasan kewangan pada suatu hari nanti, tidak kira tahap atau status pendapatan anda, anda perlu jadikan pengurusan kewangan yang berhemah sebagai cara hidup. Oleh itu, anda perlulah bijak menentukan matlamat hidup anda agar masa depan anda lebih bermakna.