Cara Terbaik Belanja Duit Bonus
Home Pengurusan Kewangan Cara Terbaik Belanja Duit Bonus
Cara Terbaik Belanja Duit Bonus PDF Print E-mail
Tuesday, 19 July 2011 04:02

Jelaskan hutang elak beban kewangan,menyimpan demi masa depan
Disebalik keadaan ekonomi yang kurang cergas, masih ada beberapa sektor dalam ekonomi itu sendiri. Selain itu, masih banyak syarikat di negara ini yang mampu mengisytiharkan keuntungan dalam tahun kewangan masing-masing meskipun keadaan ekonomi global meruncing terutama tahun lalu dan mula beransur pulih sekarang.

Daripada keuntungan yang diumumkan syarikat berkenaan tentunya ia akan membayar bonus kepada kakitangannya sebagai tanda penghargaan kepada usaha pekerja yang menyumbang kepadak keuntungan itu.
Jika syarikat tempat anda bekerja membayar bonus,apakah langkah yang perlu dilakukan bagi memastikan wang itu dimanfaatkan sebaik mungkin.

Bayangkan senario ini. Anda akan menerima bonus tiga bulan gaji pada bulan depan tetapi pada masa sama anda belum mencapai kebebasan kewangan sepenuhnya.

Jika anda berada dalam situasi itu,langkah berikut perlu diikuti supaya  anda tidak lagi terjerat dengan kancah hutang ang merimaskan. Pastinya ramai yang sudah merancang untuk berbelanja sakan dengan wang tunai sebanyak ini.

Alasan yang diberikan semata-matauntuk menyedapkan hati adalah, “ah..inilah masanya memberikan hadiah untuk diri sendiri”. Tetapi awas,jangan terpengaruh dengan godaan ini. Fikirkan semula idea untuk berbelanja sakan itu kerana duit memang senang untuk dihabiskan tetapi susah mencarinya.

Justeru berikan perhatian kepada perkara berikut:


Semak semula matlamat kewangan anda.

  • Jika bonus yang diterima terlalu banyak ,tidak salah untuk anda berbelanja sakan atau menukar kereta baru masalnya. Tetapi jika ia sekadar bonus dua atau tiga bulan gaji,ada baiknya anda menggunakan wang itu untuk menampung apa-apa kekurangan dalam matlamat kewangan anda. Mungkin wang ini boleh digunakan untuk dijadikan wang pendahuluan membeli rumah. Apa yang terbaik adalah lihat keperluan terdekat anda ketika ini dan juga pertimbangkan masa depan.
  • Mungkin keperluan terdekat anda adalah untuk melunaskan hutang yang membebankan anda selama ini atau anda juga boleh menggunakannya untuk membaiki rumah jika ada, dan selebihnya dilaburkan. Mungkin anda boleh menggunakannya untuk memebeli unit saham terbaru seperti Amanah Saham 1 Malaysia yang akan dilancarkan tidak lama lagi.
  • Mengutamakan untuk menjelaskan hutang yang membebankan. Kebanyakan kita, tidak dapat lari daripada berhutang, dan ia bukan satu amalan yang tidak baik jika pinjaman yang dibuat itu adalah untuk tujuan baik seperti membeli rumah atau melabur. Namun ada beberapa hutang yang sesetengahnya sengaja ditempah seperti hutang kad kredit. Justeru, utamakan hutang jenis ini yang mengenakan kadar faedah dan caj kewangan yang tinggi. Jika hutang ini dibawa ke depan ia akan lebih membebankan.Gunakan juga wang bonus ini untuk membayar pinjaman peribadi jika ada, kerana kadar jenis ini adalah tinggi. Selain itu,perancang kewangan biasanya menasihatkan orang ramai supaya melangsaikan apa-apa cukai yang dikenakan ke atas…. menggunakan wang bonus ini seperti cukai pendapatan atau cukai pintu.
  • Ini dapat mengelakkan daripada cukai kelak menjadi suatu hutang.Anda juga boleh menggunakan wang bonus ini untuk mengurangkan pinjaman perumahan kerana ia dapat menjimatkan kos pinjaman dan memendekkan tempoh pembayaran balik.

Simpan untuk kegunaan pada waktu kecemasaan.

  • Apabila hutang anda sudah diselesaikan,adalah dicadangkan pula supaya membentuk satu dana kecemasan. Paling baik jumlah wang dalam dana ini adalah bersamaan dengan jumlah gaji anda selama tiga bulan atau sehingga enam bulan. Ini adalah untuk kegunaan pada waktu kecemasan.jika misalnya anda secara tiba-tiba kehilangan kerja. Jika ini berlaku sekurang-kurangnya anda mempunyai wang untuk tempoh tiga bulan ke enam bulan sementara mendapat kerja baru. Anda dinasihatkan supaya menyimpan wang ini dalam akaun simpanan  supaya ia mudah dikeluarkan pada bila-bila masa saja jika terdesak..

Beri ganjaran kepada diri sendiri dan keluarga.

  • Jika anda sudah sampai ke tahap mampu memperuntukkan dana untuk tujuan kecemasan, tidak salah jika menggunakan wang bonus itu tujuan melancong.

Laburkan  baki wang anda bonus yang masih ada.

  • Jika sekarang ini anda bebas daripada hutang dan sudah ada dana dana kecemasan ,jangan fakir bahawa anda mencapai kebebasan kewangan sepenuhnya. Perkara yang dilakukkan di atas,hanyalah mengutamakan apa yang sepatutnya diutamakan terlebih dulu. Lihat berapa banyak wang bonus yang masih ada. Jika jumlahnya dalam keadaan yang selesa.
  • Laburkan untuk membeli saham amanah. Tetapi pastikan anda melabut dalam produk saham amanah yang memberikan perlindungan modal. Selain dalam saham amanah , membeli insurans juga adalah antara pilihan pelaburan yang boleh dipertimbangkan .
  • Antara bentuk insurans yang boleh dipertimbangkan adalah insurans nyawa. Gunakan insurans nwaya untuk memastikan kedudukan keluarga anda terpelihara. Jika sesuatu terjadi kepada anda sekurang-kurangnya kebajikan keluarga anda tetap terpelihara menerusi liputan perlindungan insurans  yang dibeli. Selain itu,anda juga mendapat pengecualian cukai peribadi sebanyak RM 3,000 ke atas premium insurans yang dibeli untuk tujuan pendidikan atau manfaat perubatan. Pengecualian cukai sehingga RM 6,000 pula diberikan ke atas premium insurans nyawa.

Sumber: Berita Harian, 28 Julai 2009