Latihan Pengurusan Kewangan 2011 (FOMCA)
Home Latihan Pengurusan Kewangan 2011 (FOMCA)
Latihan Pengurusan Kewangan 2011 (FOMCA) PDF Print E-mail
Tuesday, 12 July 2011 22:54

FOMCA bekerjasama dengan Bank Negara Malaysia telah menganjurkan latihan pengurusan kewangan untuk komuniti-komuniti di seluruh semenanjung. Ini merupakan program lanjutan daripada tahun 2010. Dari bulan Mei ke bulan Disember 2011, sebanyak 44 program akan dijalankan di bawah projek tersebut. Tujuan latihan tersebut diadakan ialah untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan kewangan ke arah meningkatkan kualiti hidup pengguna Malaysia. Pendekatan latihan ini adalah lebih berbentuk latihan praktikal dengan penekanan kepada aktiviti dan latihan amali.

Kumpulan sasaran:
Golongan muda
Wanita
Komuniti
Pekerja-pekerja    

Tajuk:

  1. Kenapa Pengurusan Kewangan
  2. Merancang Kewangan
  3. Menyediakan Budget
  4. Menguruskan hutang
  5. Pengunaan Berhemat
  6. Perlindungan diri daripada Penipuan Kewangan (Scams)

Kawasan:
Semenanjung Malaysia   

Bahan-bahan:
Beg latihan pengurusan kewangan
Buku celik wang
Latihan-latihan

Jangka Masa:
Mei – Disember 2011

Pautan:  http://www.fomca.org.my

Last Updated on Wednesday, 03 August 2011 04:06