Tips Kewangan
Program Kewangan
Latihan Pengurusan Kewangan – Ke Arah Masyarakat Celik Kewangan |
![]() |
![]() |
![]() |
Saturday, 16 July 2011 05:01 | ||||||||||||||||||||||||||
FOMCA dengan kerjasama Bank Negara Malaysia telah menganjurkan program latihan pengurusan kewangan dengan bertujuan untuk mendidik pengguna berkenaan perancangan kewangan dan pengurusan kewangan, terutamanya kepada golongan pekerja muda. Program ini dijalankan disebabkan oleh kajian yang menunjukkan banyak pengguna terutamanya pekerja muda, menghadapi masalah kewangan, ada yang telah diisytiharkan bankrap kerana amalan pengurusan kewangan yang lemah, terutamanya ketika menguruskan hutang mereka. Sehingga Mei 2011, sebanyak 101 latihan telah di jalankan di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak dengan jumlah peserta sebanyak 4,257 orang. Topik yang dibincang dalam latihan tersebut ialah seperti: Kepentingan pengurusan kewangan
Latihan sepanjang 2 jam tersebut menggunakan unsur-unsur latihan praktikal, permainan interaktif, video yang menarik dan contoh-contoh yang sebenar untuk memudahkan peserta dalam memahami topik-topik yang dibincangkan. Latihan pengurusan kewangan telah diadakan di negeri-negeri berikut di mana kebanyakan program dijalankan di kawasan luar bandar:
Kanak-kanak belajar tentang kewangan Pelajar sedang menetapkan matlamat kewangan mereka Latihan kumpulan Latihan pengurusan kewangan mendapat sambutan baik daripada golongan wanita dan pekerja
Untuk sesiapa yang berminat untuk menganjurkan latihan pengurusan kewangan di komuniti anda, sila hubungi En. Mages di talian 03-7875 3168 atau hantar e-mel ke This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it untuk sebarang pertanyaan. |
||||||||||||||||||||||||||
Last Updated on Saturday, 16 July 2011 05:07 |