PDF Print E-mail
Thursday, 21 July 2011 21:20

Apabila anda membeli kenderaan bermotor, anda perlu membeli insurans motor. Terdapat berbagai jenis polisi insurans motor. Jenis-jenis yang biasa  dan perlindungan yang diberikan adalah seperti di bawah:

JENIS

Pihak Ketiga

Pihak Ketiga, kebakaran & Kecurian

Komprehensif

Liabiliti kepada pihak ketiga akibat:

Kecederaan

Kematian

Kerugian/kerosakan harta benda

   ?

     ?

     ?

Kerugian / kerosakan kepada kenderaan sendiri akibat kebakaran yang tidak disengajakan atau kecurian

   X

      ?

   ?

Kerugian / kerosakan kepada kenderaan sendiri akibat kemalangan

   X

      X

     ?

Liabiliti kepada pemandu & penumpang kenderaan sendiri (harta benda, kecederaan tubuh badan, kematian)

   X

      X

      X

 

Pengecualian
Polisi insurans motor anda yang standard TIDAK melindungi:

  • Kematian atau kecederaan anggota diri sendiri;
  • Liabiliti terhadap tuntutan daripada penumpang-penumpang dalam kenderaan anda;
  • Kecurian aksesori kenderaan yang bukan dipasang di kilang (stereo kereta, kerusi kulit, ’sports rim’ dan sebagainya), melainkan sekiranya diisytiharkan;
  • Kerugian lanjutan, susut nilai, haus dan lusuh, kerosakan mekanikal atau elektrik atau pemecahan; dan
  • Kerugian atau kerosakan akibat kejadian semula jadi seperti banjir, ribut dan tanah runtuh.

Walau bagaimanapun, anda boleh membayar premium tambahan untuk melindungi pengecualian tertentu di atas seperti banjir atau liabiliti anda terhadap tuntutan daripada penumpang kenderaan anda.

Adalah mustahak untuk menyemak polisi anda tentang pengecualian yang dikenakan.

Perkara penting yang perlu diambil perhatian apabila membeli perlindungan insurans motor

Nilai diinsuranskan/jumlah diinsuranskan
Pastikan kenderaan anda diinsuranskan secukupnya:


Jenis

Nilai diinsuranskan

Kenderaan Baru

Harga belian

Kenderaan lain

Nilai pasaran kenderaan semasa polisi dibeli

 

 

 

 


  • Terkurang insurans – jika nilai diinsuranskan rendah daripada nilai pasaran, anda dianggap menginsuranskan sendiri perbezaan tersebut. Jika berlaku kerugian/ kerosakan, anda akan hanya dibayar sebahagian ganti rugi (setakat bahagian yang diinsuranskan). Klausa purata akan diguna pakai apabila kenderaan anda mengalami kerosakan.

Contoh:

Nilai Pasaran

RM40,000

Jumlah yang diinsuranskan

RM30,000 (75% daripada nilai pasaran)

Nilai Kerugian/Kerosakan

RM10,000

Jumlah yang akan dibayar oleh syarikat insurans

RM7,500 (75% daripada RM10,000)

 

  • Terlebih insurans – jika nilai diinsuranskan lebih tinggi daripada nilai pasaran, pembayaran ganti rugi maksimum adalah nilai pasaran kenderaan tersebut kerana pemegang polisi tidak boleh ‘mendapat keuntungan’ daripada tuntutan insurans motor.


Contoh:

Nilai Pasaran

RM40,000

Jumlah yang diinsuranskan

RM50,000

Nilai Kerugian/Kerosakan

RM45,000

Jumlah yang akan dibayar oleh syarikat insurans

RM40,000

 

Kewajipan pendedahan
Anda perlu mendedahkan sepenuhnya semua fakta penting, termasuk tentang kemalangan sebelumnya (jika ada), pengubahsuaian kepada enjin dan lain-lain. Sekiranya anda ragu-ragu sama ada sesuatu fakta itu relevan atau tidak, adalah lebih baik bertanya kepada syarikat insurans anda. Sekiranya anda gagal mendedahkan mana-mana fakta penting, syarikat insurans anda berhak menolak tuntutan anda dan sebarang tuntutan yang dibuat oleh pihak ketiga terhadap anda. Dalam kes sedemikian, anda sendiri adalah bertanggungjawab terhadap tuntutan tersebut.

Diskaun tiada tuntutan
Premium yang perlu dibayar boleh dikurangkan sekiranya anda mempunyai kelayakan diskaun tiada tuntutan [‘no-claim-discount’ (NCD)]. NCD adalah satu skim ‘hadiah’ kepada anda sekiranya tiada tuntutan dibuat terhadap polisi anda dalam tempoh 12 bulan sebelum itu. Kadar NCD bergantung kepada kelas kenderaan anda dan bilangan tahun pengalaman memandu yang berterusan tanpa tuntutan. Anda akan kehilangan keseluruhan kelayakan NCD anda apabila tuntutan kerosakan sendiri atau pihak ketiga dibuat terhadap polisi anda.

Ekses
Ia adalah jumlah kerugian yang perlu anda tanggung manakala syarikat insurans anda membayar baki tuntutan kerosakan kenderaan anda. Jika polisi anda mempunyai ekses, anda perlu membayar jumlah ekses terus kepada bengkel pembaik kenderaan. Jenis-jenis ekses adalah seperti berikut:

 

Ekses wajib sebanyak RM400:

Sekiranya kenderaan anda dipandu oleh seseorang yang bukan dinamakan di dalam polisi atau seseorang yang dinamakan di dalam polisi tetapi di bawah umur 21 tahun, pemegang lesen memandu sementara (L) atau pemegang lesen memandu penuh yang kurang dari dua tahun.

Ekses lain:

Dikenakan mengikut budi bicara syarikat insurans anda dan dalam sesetengah kes, tiada sebarang ekses yang dikenakan. Anda boleh berunding dengan syarikat insurans anda berhubung dengan ekses ini.

 

Contoh:

Nilai Kerugian/Kerosakan

RM10,000

Ekses yang dikenakan

RM400

Jumlah yang akan dibayar oleh syarikat insurans

RM9,600

Jumlah yang perlu anda bayar

RM400


Pembayaran Premium Motor

  • Premium hendaklah di bayar kepada ejen syarikat insurans atau secara terus kepada syarikat insurans. Dengan pelaksanaan e-insurans oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam tahun 2005, nota perlindungan fizikal tidak lagi dikeluarkan. Walau bagaimanapun, penyata yang mengandungi butir-butir terperinci tentang insurans motor anda akan dikeluarkan kepada anda sebagai pengesahan pembelian perlindungan tersebut.
  • Hubungi syarikat insurans sekiranya anda masih tidak menerima polisi insurans dalam tempoh sebulan selepas pembelian polisi.
  • Berkuat kuasa 1 Julai 2009, individu yang membeli perlindungan insurans motor secara terus daripada syarikat insurans adalah layak untuk menerima rebat premium sebanyak 5% pada tahun pertama berkuat kuasanya pelaksanaan dan 10% pada tahun-tahun berikutnya. Pembelian secara terus meliputi kunjungan sendiri ke syarikat insurans, melalui Internet, penghantaran terus melalui pos dan melalui saluran telepemasaran.

Apa yang perlu anda tahu apabila membuat tuntutan sekiranya kenderaan terlibat dalam kemalangan

  • Catatkan nama dan alamat semua pemandu, buatan/model dan nombor pendaftaran setiap kenderaan yang terlibat, nombor lesen pemandu dan butir-butir insurans dan juga nama dan alamat saksi yang terlibat.
  • Buat laporan polis dalam masa 24 jam selepas sesuatu kemalangan jalan raya dan maklumkan syarikat insurans anda secara bertulis dengan memberi butir-butir lengkap dengan segera.
  • Sekiranya kenderaan anda rosak, anda boleh memilih sama ada membuat tuntutan kerosakan sendiri atau tuntutan pihak ketiga:

 

Tuntutan kerosakan sendiri

Ini merujuk kepada membuat tuntutan terhadap polisi insurans anda sendiri, iaitu anda mempunyai polisi komprehensif. Walau bagaimanapun, anda akan kehilangan kelayakan ‘Non Claim Discount’ (NCD).

Hubungi syarikat insurans anda dengan segera bagi mendapatkan nasihat. Hantar kenderaan anda ke bengkel panel yang diluluskan.

Syarikat insurans akan menghantar pelaras kerugian untuk menilai kerosakan sebelum meluluskan kerja pembaikan

Tuntutan pihak ketiga

Anda boleh membuat tuntutan Pihak Ketiga sekiranya anda bukan pihak yang bersalah ke atas kemalangan tersebut dan anda dapat mengekalkan kelayakan NCD anda.

Terdapat dua jenis tuntutan Pihak Ketiga:

Tuntutan terhadap syarikat insurans pihak yang bersalah; atau

Tuntutan terhadap syarikat insurans anda, sekiranya anda mempunyai polisi Komprehensif.

Anda digalakkan mengemukakan tuntutan anda kepada syarikat insurans anda sendiri untuk mempercepatkan pemprosesan tuntutan.

Melantik pelaras kerugian berlesen untuk menilai kerugian anda dan menghantar kenderaan ke bengkel yang diluluskan oleh Persatuan Insuran Am Malaysia.

 

 

  • Sekiranya anda bukan pihak yang bersalah, anda juga layak menuntut daripada syarikat insurans pihak ketiga, pampasan bagi masa pembaikan sebenar (CART). CART bermaksud amaun yang berpatutan yang perlu dibayar oleh syarikat insurans pihak ketiga sebagai pampasan terhadap kehilangan daya guna kenderaan anda. Jumlah yang akan dibayar adalah berdasarkan skala standard yang telah ditetapkan oleh PIAM dan jumlah hari untuk membaiki kenderaan anda seperti yang ditentukan oleh pelaras kerugian dan bukannya jumlah hari kenderaan anda berada di bengkel. Syarikat insurans, mengikut budi bicaranya boleh memberikan tambahan tempoh selama tujuh hari bekerja bagi sebarang kelewatan yang tidak dapat dielakkan. Skala standard bagi CART harian telah ditetapkan oleh PIAM adalah seperti jadual di bawah:

Sebagai alternatif, anda boleh membuat tuntutan kos menyewa kenderaan gantian yang sama jenis dan kapasiti untuk selama jumlah hari yang ditentukan bagi masa pembaikan sebenar yang dibuktikan dengan resit daripada syarikat kereta sewa berlesen.

Prinsip indemniti
Berdasarkan prinsip ini, perlindungan insurans akan membayar kerugian anda dengan meletakkan anda pada keadaan yang sama sebelum anda mengalami kerugian. Memandangkan anda akan dibayar berdasarkan hanya kepada jumlah kerugian yang ditanggung, anda tidak boleh 'mendapat keuntungan' daripada tuntutan insurans motor. Oleh yang demikian, sekiranya kenderaan anda melebihi usia lima tahun, 'betterment' akan dikenakan.

'Betterment' terjadi jika semasa membaiki kerosakan kenderaan akibat kemalangan, alat lama diganti dengan alat francais baru. Selaras dengan prinsip indemniti, anda akan menanggung perbezaan kos terbabit kerana dengan alat francais baru tersebut, anda kini berada dalam keadaan yang lebih baik selepas kemalangan. Walau bagaimanapun, pengenaan 'betterment' adalah atas budi bicara syarikat insurans anda. Sekiranya syarikat insurans anda mengenakan 'betterment', ia hendaklah menurut skala standard 'betterment' yang diguna pakai oleh industri seperti berikut:

Tuntutan kecurian

  • Selepas mengemukakan borang tuntutan, anda mesti bekerjasama sepenuhnya dengan syarikat insurans anda atau wakilnya semasa penyiasatan tuntutan kecurian tersebut.
  • Memandangkan polis dan syarikat insurans anda memerlukan masa untuk menyiasat tuntutan anda, anda akan menerima tawaran pembayaran daripada syarikat insurans anda dalam tempoh enam bulan dari tempoh kecurian tersebut dimaklumkan atau selepas selesainya siasatan polis, mengikut mana yang lebih awal.

Sumber: Bank Negara Malaysia

 

Last Updated on Thursday, 21 July 2011 21:36