Home Insurans Tuntut insurans kemalangan kenderaan
Tuntut insurans kemalangan kenderaan PDF Print E-mail
Monday, 18 July 2011 23:46

Berbanding negara lain, kita di Malaysia sebenarnya masih ramai lagi yang tidak memahami kepentingan dan keperluan insurans sebenarnya. Malah, jika tidak kerana wajib membeli insurans kenderaan, masih ramai dalam kalangan kita tidak mempunyainya.


Kalau ada pun, insurans nyawa. Itu pun ramai yang culas membayar premiumnya berbanding penduduk di negara luar yang mempunyai lebih daripada satu insurans malah kalau mampu semuanya hendak diinsuranskan.


Mengenai insurans kenderaan, ramai dalam kalangan kita masih tidak memahami hak mereka apabila membuat tuntutan malah sering kali mengundang kesilapan terutama ketika melakukan pembaharuan perlindungan insurans pada kenderaan.


Sebenarnya, pihak penanggung insurans mempunyai hak untuk tidak membayar penuh dari harga perlindungan yang dibeli berdasarkan pengguna dan oleh itu pengguna telah gagal membeli perlindungan insurans pada harga sebenar pasaran.


Malah, beberapa kaedah dalam tuntutan insurans yang boleh dilakukan pengguna.

  1. O/D KFK claim (own damage knock claim)
    • Kaedah ini merupakan tuntutan terhadap insurans sendiri tanpa mendatangkan sebarang kerugian pada pengguna seperti kehilangan NCD dan pengguna tidak perlu membayar apa-apa kecuali jika ada apa-apa syarat yang tertera pada polisi insurans seperti excess charges.
  2. T/P claim
    • Pengguna terpaksa membayar dulu semua kos pembaikan berdasarkan laporan ADJUSTER yang dilantik oleh pengguna atau bengkel sendiri dan membuat tuntutan kemudian
  3. O/D claim (own damage)
    • Kaedah ini menuntut insurans sendiri tanpa menjejaskan mana-mana pihak ketiga. Selepas pihak Polis menjalankan siasatan dan mendapati kemalangan itu berpunca dari kecuaian pengguna itu sendiri dan biasanya saman Polis akan dikeluarkan kepada pemandu kenderaan itu mengikut kaedah dan peraturan Polis. Tuntutan ini akan menyebabkan pengguna akan kehilangan hak diskaun NCD pada pembaharuan insurans akan datang. Ada dinasihatkan, setiap pengguna kenderaan meneliti sepenuhnya polisi insurans dan memahami isi kandungan kerana pemahaman yang betul akan mengelakkan pengguna ditipu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Sumber: Utusan, 16-12-2009