Home TAMBAHKAN NILAI RINGGIT ANDA
KENAPA TAMBAHKAN NILAI RINGGIT ANDA? PDF Print E-mail
Wednesday, 17 October 2012 03:00

KENAPA TAMBAHKAN NILAI RINGGIT ANDA?
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, pelbagai data dan statistik yang disiarkan di media daripada pelbagai agensi telah menunjukkan keadaan kewangan terutamanya di kalangan orang muda perlu diperhatikan.

Jabatan Insolvensi telah menunjukkan terdapat 41 orang mengistiharkan bankrap setiap hari. 50% daripada mereka yang mendapatkan bantuk Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) adalah di bawah umur 40.

Di bawah program TAMBAHKAN NILAI RINGGIT ANDA 2011, ERA telah menjalankan kajian terhadap 1,002 orang pekerja muda untuk mempelajari tingkah laku dan tabiat kewangan mereka. Hasil kajian daripada tinjauan tersebut menunjukkan:

  1. 30% daripada responden tidak menyimpan secara tetap.
  2. 70% daripada responden hanya boleh bertahan selama 4 bulan jika mereka terpaksa berhenti kerja.
  3. 37% tidak pernah terfikir tentang persaraan, dan 60% pula, sama ada tidak berpuas hati atau agak berpuas hati dengan persiapan mereka untuk persaraan.
  4. 50% daripada pengguna kad kredit membayar minimum atau membayar sejumlah tetap yang lebih daripada minimum.
  5. Hanya 53% daripada responden mengatakan mereka hidup mengikut kemampuan mereka.

Apabila diminta untuk menilai pengetahuan kewangan peribadi daripada  skor 1 hingga 6 dengan 1 menjadikan skor yang paling berpengetahuan, purata skor responden ialah 3.4.
47% daripada responden boleh dianggap berada dalam hutang yang serius.

Nisbah hutang isi rumah kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) di Malaysia telah berada dalam aliran meningkat daripada 69% pada tahun 2006 kepada 77% pada tahun 2011. Berbanding dengan negara-negara lain di rantau ini, angka ini dianggap tinggi terutama apabila melihat hubungan dengan KDNK per kapita.
Data-data tersebut telah menunjukkan bahawa rakyat Malaysia memerlukan pendidikan kewangan supaya mengendali kewangan mereka secara lebih berhemat dan bertanggungjawab. Dengan pelbagai jenis produk-produk kewangan yang berasa di pasaran kini, pengguna memerlukan pendidikan dan pengetahuan kewangan yang mencukupi untuk membolehkan mereka membuat keputusan kewangan yang sesuai.