Message from the Human Rights Desk Print
Thursday, 25 November 2010 00:00

 

JEMPUTAN KE SESI RUNDINGAN UMUM KEBANGSAAN BAGI SUHAKAM BERTEMA "SUHAKAM AFTER 10 YEARS: A REVIEW OF HUMAN RIGHTS IN MALAYSIA

 

Sukacita dimaklumkan bahawa ERA Consumer Malaysia dengan kerjasama sokongan oleh Kedutaan Finland akan menganjurkan satu sesi rundingan umum kebangsaan mengenai laporan tahunan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) 2009 yang bertajuk “SUHAKAM After 10 Years: A Review of Human Rights in Malaysia”.

 

Sesi ini bertujuan bagi membentangkan ulasan terhadap laporan-laporan tahunan ini serta memberikan peluang kepada pihak-pihak berkepentingan memberikan pandangan terhadap peranan dan prestasi SUHAKAM dalam menangani isu-isu hak asasi manusia yang berbangkit serta akauntabiliti SUHAKAM dalam membela hak –hak ini sepanjang tempoh tersebut.

 

Sehubungan dengan itu, diharapkan tuan/puan dapat memberikan kerjasama dan meluangkan masa untuk menjayakan program ini.

 

Butiran program adalah seperti berikut;
Tarikh : 26hb September 2011
Masa : 2.00pm – 5.30 pm
Tempat : Hotel Bayview, Georgetown, Penang

 

Kami mengalu-alukan wakil dari setiap organisasi/firma/agensi dan tiada sebarang yuran dikenakan. Penyertaan pihak tuan/puan amatlah penting bagi kejayaan program ini mencapai objektifnya.

 


Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, sila hubungi Encik Ravin Karunanidhi di +603–7876 4648 atau +603 7877 4741 atau emel ke This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it . Pihak tuan/puan diminta untuk mengesahkan kehadiran sebelum 23 September 2011. Setiap organisasi/firma/agensi boleh menghantar 3 wakil.

Last Updated on Thursday, 22 September 2011 21:55