Home
TAMBAHKAN NILAI RINGGIT ANDA

TAMBAHKAN NILAI RINGGIT ANDA

Informercial
Tambahkan Nilai Ringgit Anda pada tahun 2012 berterusan dengan pendidikan kewangan menerusi media massa seperti radio. 4 jenis topik-topik kewangan telah dibangunkan untuk memberikan kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingan pengurusan kewangan. Topik-topik seperti berbelanja mengikut kemampuan, dan mengendalikan hutang adalah hasil kajian kewangan yang dijalankan kepada pekerja muda, di mana 47% daripada mereka adalah berada dalam hutang yang serius.

https://www.youtube.com/playlist?list=PLn34lSc99s_aQ6p0sgFl7NTbFgoFGX0uh

 


Latihan Pengurusan Kewangan untuk Pekerja Muda

Juga hasil daripada kajian tersebut, sebanyak 20 latihan yang memfokuskan pekerja muda akan dijalankan di seluruh negara sama ada di bandar atau luar bandar. Latihan sepanjang  2 jam tersebut akan melatih dan mendidik pekerja muda mengenai perancangan kewangan dan pengurusan kewangan yang cekap dan berhemat dengan mengalakkan penglibatan peserta dan berbentuk interaktif. Tujuan utama latihan adalah untuk memberi kesedaran tentang kepentingan pengurusan kewangan, membina nilai-nilai dan sikap yang betul mengenai perbelanjaan dan penyimpanan serta lebih penting menyediakan kemahiran untuk meningkatkan pengurusan kewangan.

Tajuk-tajuk yang dirangkumi adalah seperti berikut:

  1. Mengapa perancangan kewangan dan pengurusan
  2. Komponen Perancangan Kewangan
  3. Penetapan Matlamat
  4. Analisis kewangan seseorang diri
  5. Belanjawan
  6. Urusan Hutang
  7. Penggunaan berhemat
  8. Penipuan

Bengkel Ringgit Pertama Saya

Dengan sambutan yang amat mengalakkan daripada kanak-kanak, cikgu-cikgu serta ibu bapa. Bengkel Ringgit Pertamaku telah ditambahkan kepada 40 program dan mensasarkan seramai 800 kanak-kanak yang berumur 4 hinggan 6 tahun pada tahun ini.


Laman Sesawang Micro
Dengan mengiktiraf kepentingan internet pada zaman sekarang, ERA Consumer telah membangunkan satu laman sesawang micro yang bertujuan untuk membekalkan pelbagai informasi yang berkenaan dengan pengurusan kepada orang ramai. Laman sesawang tersebut telah diperkenalkan dalam bahasa Malaysia supaya lebih sesuai untuk orang ramai. Pelbagai tip-tip menjimat, kalkulator kewangan, dan program-program pendidikan kewangan diberikan dalam laman sesawang tersebut. Pengguna dapat mengunakan informasi yang terdapat di dalam laman sesawang tersebut untuk membuat keputusan kewangan yang sesuai dengan diri mereka.


Bulan Kewangan Berhemat
Sejak tahun 2011, projek Tambahkan Nilai Ringgit Anda ini telah dirangkumi di bawah satu siri program dan inisiatif pendidikan kewangan dalam Bulan Kewangan Berhemat. Kempen tersebut dianjurkan oleh FOMCA; ERA Consumer, NCCC dan CRRC merupakan rakan-rakan kempen tersebut. Pelbagai buku panduan, brosur dan poster kewangan telah diterbitkan untuk mendidik dan meningkatkan kesedaran kepentingan pengurusan kewangan di kalangan rakyat Malaysia.

Program pembangunan pendidikan kewangan adalah penting untuk meningkatkan keupayaan kewangan dalam usaha pengguna untuk mengambil bahagian secara berkesan dalam sistem kewangan yang dinamik dan berkembang pesat.Kita kini berada dalam era yang menyaksikan perkembangan pesat dalam perkhidmatan kewangan dan kemunculan kewangan elektronik.

Pengetahuan kewangan lebih besar juga akan memastikan bahawa industri kewangan akan responsif kepada permintaan yang lebih bijak daripada pelanggan mereka. Mempunyai pemahaman yang kurang terhadap keadaan produk boleh meningkatkan kelemahan dalam membeli pakej yang tidak sesuai oleh institusi kewangan ataupun pemalsuan dan penipuan. Penguasaan pengetahuan kewangan akan menyumbang ke arah yang lebih besar bagi memperkasakan dan menjadi cekap dalam membuat keputusan kewangan pengguna.

 
KENAPA TAMBAHKAN NILAI RINGGIT ANDA?

KENAPA TAMBAHKAN NILAI RINGGIT ANDA?
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, pelbagai data dan statistik yang disiarkan di media daripada pelbagai agensi telah menunjukkan keadaan kewangan terutamanya di kalangan orang muda perlu diperhatikan.

Jabatan Insolvensi telah menunjukkan terdapat 41 orang mengistiharkan bankrap setiap hari. 50% daripada mereka yang mendapatkan bantuk Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) adalah di bawah umur 40.

Di bawah program TAMBAHKAN NILAI RINGGIT ANDA 2011, ERA telah menjalankan kajian terhadap 1,002 orang pekerja muda untuk mempelajari tingkah laku dan tabiat kewangan mereka. Hasil kajian daripada tinjauan tersebut menunjukkan:

  1. 30% daripada responden tidak menyimpan secara tetap.
  2. 70% daripada responden hanya boleh bertahan selama 4 bulan jika mereka terpaksa berhenti kerja.
  3. 37% tidak pernah terfikir tentang persaraan, dan 60% pula, sama ada tidak berpuas hati atau agak berpuas hati dengan persiapan mereka untuk persaraan.
  4. 50% daripada pengguna kad kredit membayar minimum atau membayar sejumlah tetap yang lebih daripada minimum.
  5. Hanya 53% daripada responden mengatakan mereka hidup mengikut kemampuan mereka.

Apabila diminta untuk menilai pengetahuan kewangan peribadi daripada  skor 1 hingga 6 dengan 1 menjadikan skor yang paling berpengetahuan, purata skor responden ialah 3.4.
47% daripada responden boleh dianggap berada dalam hutang yang serius.

Nisbah hutang isi rumah kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) di Malaysia telah berada dalam aliran meningkat daripada 69% pada tahun 2006 kepada 77% pada tahun 2011. Berbanding dengan negara-negara lain di rantau ini, angka ini dianggap tinggi terutama apabila melihat hubungan dengan KDNK per kapita.
Data-data tersebut telah menunjukkan bahawa rakyat Malaysia memerlukan pendidikan kewangan supaya mengendali kewangan mereka secara lebih berhemat dan bertanggungjawab. Dengan pelbagai jenis produk-produk kewangan yang berasa di pasaran kini, pengguna memerlukan pendidikan dan pengetahuan kewangan yang mencukupi untuk membolehkan mereka membuat keputusan kewangan yang sesuai.