Buku Pengurusan Kewangan
Home Buku Pengurusan Kewangan
Buku Pengurusan Kewangan PDF Print E-mail
Thursday, 14 July 2011 01:44

 

 

Buku Keterangan

111 Cara Mudah Berjimat Cermat
Buku ini memberikan panduan kepada para pembaca tip-tip pantas dan mudah untuk berjimat cermat dari pelbagai sudut dan membantu anda mempunyai kehidupan yang lebih baik dan sempurna.

Arman Arshad

 

Bagaimana Mengurus Harta Pusaka

Panduan langkah demi langkah merancang serta mengurus harta pusaka orang Islam dan bukan Islam.


Mohd. Fitri Abdul Rahman

 

Bajet Wang – 7 Cara Untuk Mengatasi Masalah Kekurangan Wang

Buku ini akan membongkarkan 7 Cara penyelesaian kepada masalah kewangan anda yang telah terbukti dilaksanakan oleh Perancang Kewangan Bertauliah, Usahawan Berjaya, dan juga daripada kalangan mereka yang bergelarJutawan!

Khairulnahar Jamaluddin

 

Be Richer Be Happier
A relieving and highly anticipated self help book which focuses on how happiness and wealth can go hand in hand when right ways are practiced. Those who want to have a balanced life and a filled up pocket will find the book very interesting and contented.

Jonas Teh

 

Celik Wang: Pengurusan Wang Secara Bijak
Buku ini menerangkan apa yang harus dilakukan pada peringkat awal hidup agar anda dapat mencapai impian kewangan anda.

AKPK

 

Cukup Wang Hati Tenang
Panduan kewangan peribadi dan keluarga.

Hajah Rohani Datuk Hj Mohd Shahir

 

Didik Anak Urus wang
Cara mendidik anak anda dalam menguruskan kewangan.

Siti Faaizah Ismail

 

Duit Banyak Bertambah Banyak
Merancang perbelanjaan seharian, pelaburan, potongan cukai pendapatan dan kadar inflasi penting sekiranya mahu mengawal poket anda.

Tan Chee Yu, Ram Al Jaffri Saad, Zaimah Abdullah, Norfaiezah Sawandi, Hazeline Ayoup

 

Ganda Wang Anda
Handbook ini memberikan informasi mengenai pelaburan-pelaburan di Malaysia termasuk saham, Dana Jaminan Modal (CGC), insurans berserta pelaburan, anuiti, unit amanah, hartanah dan REITS. Juga pelaburan yang menjadi pilihan Azizi sendiri.

Azizi Ali

 

Harta Kita Hak Siapa
Buku ini dengan ringkas dan padat menjelaskan tentang peraturan dan undang-undang dalam pengurusan harta pusaka dan memberi pelbagai cara penyelesaian agar harta pusaka itu dapat dipindah milik kepada waris yang berhak.

Amin Ahmad

 

Hidup Kaya Tanpa Riba
Buku yang mengungkap persoalan membina kekayaan menurut perspektif Islam dalam konteks kita yang hidup dan mendepani cabaran abad ke-21.

Mohd Nahar Mohd Arshad

 

Hidup Tenang Walaupun Berhutang
Kenapa harus pinjam RM 50 dan bayar RM 500?

Shamsuddin Kadir

 

Kaya dengan Rumah
Membongkar rahsia peri penting melabur dalam hartanah di Malaysia. Buku ini ditulis oleh penulis tempatan dan menerangkan pelaburan hartanah yang dapat dipraktikkan di Malaysia.

Shamsuddin Abdul Kadir

 

Ke Mana Wang Anda?
Tip-tip pengetahuan baru tentang Peta Perjalanan Kewangan.

Hajah Rohani Datuk Hj Mohd Shahir

 

Kesihatan & Kewangan
Buku ini asasnya menceritakan hubung kait elemen kesihatan dan kewangan yang tidak diketahui umum. Penulis juga telah memberi gambaran yang lebih jelas tentang bagaimana kedudukan kewangan mempengaruhi masalah kesihatan seseorang individu terutamanya apabila kos perubatan yang semakin meningkat.

Dr. Ramli Tahir

 

Mencari Maut
Buku ini menerangkan bagaimana untuk melindungi diri anda daripada penyelewengan, skim cepat kaya dan lain-lain pelaburan durjana.

Azizi Ali

 

Mengurus Kewangan
Sebuah buku yang menjelaskan dengan lengkap cara-cara mengurus kewangan terutama bagi mereka yang terlibat dalam bidang perniagaan.

Ahmad Raflis Che Omar, Bany Ariffin, Mohamad Abdul Hamid

 

Mengurus Kewangan Sekolah
Buku pertama yang membincangkan secara terperinci berkaitan dengan pengurusan kewangan sekolah rendah & menengah.

Shahril @ Charil Marzuki

 

Money matters for young people
In this CAP booklet, we offer pointers on how parents can enhance their children’s financial literacy.

CAP

 

Panduan Bijak Melabur
Buku ini memberikan panduan kepada para pembaca mengenai cara-cara melabur di pasaran saham dengan bijak.

Razali Razman

 

Panduan Pelaburan Unit Amanah
Buku ini mengongsikan panduan strategik kepada para pembaca untuk melabur dalam unit amanah dengan bijak, tepat dan efektif. Pelabur juga akan lebih memahami selok-belok pelaburan unit amanah selain sekadar bergantung kepada ejen atau penasihat kewangan.

Razali Razman

 

Panduan Wang Gaji
Ebook ini, akan menerangkan kepada anda tentang asas-asas teknik pengurusan wang gaji yang betul untuk mereka yang berkerja makan gaji, bekerja sendiri dan juga usahawan yang sedang berusaha memperbaiki pengurusan kewangan masing-masing.

Thinkerich

 

Pengurusan Kewangan Keluarga
Buku ini merupakan huraian yang konstruktif tentang perancangan kewangan dalam sesebuah keluarga yang melibatkan suami dan isteri serta anak-anak.

Mohd. Fairuz Md. Salleh

 

Perancangan Pelaburan Hayat
Buku ini mempersembahkan strategi pelaburan bagi individu berusia 20 hingga 70 tahun. Pelan pelaburan dan kewangan anda akan menjadi lebih proaktif dan jika anda sudah mempunyai pelan yang tersendiri, buku ini akan memperhebatkan lagi perancangan pelaburan hayat anda.

Anuar Haniff & Dr Mohd Nizal Haniff

 

Pesara Jutawan
Strategi-strategi baru untuk bersara dengan kaya dan bahagia di Malaysia.

Azizi Ali

 

POWER! Pengurusan Wang Ringgit Anda
POWER menunjukkan kaedah pengurusan hutang yang baik dan membantu anda membuat keputusan kewangan secara bijak. Melalui POWER anda akan mempelajari pelbagai aspek penting transaksi kewangan dan memahami cara terbaik mengukuhkan kewangan melalui hutang yang terurus.

AKPK

 

Rahsia Melabur dalam Unit Amanah
Tip-tip melabur dalam unit amanah.

Sunthara Segar

 

Rahsia Mengurus Insurans Hayat
Panduan mengenai risiko peribadi dengan insurans hayat.

Sunthara Segar

 

Rancang Wang dari Sekarang
Rancang Wang dari Sekarang, membawa kita mengenali beberapa skop asas dalam pengurusan kewangan yang lebih Islami. Selain itu, Rancang Wang dari Sekarang juga membimbing kita mengenal pasti dan lebih berwaspada semasa meneliti tawaran yang tidak realistik di sekeliling kita.

Pakdi

  Save Money Fast
This book provides practical, easy-to-follow advice and examples showing you how much money you can save and how long it takes.
  Smart Parents Richer Kids
A guide on how to raise smarter children while maintaining a comfortable, happier and richer life.
Azizi Ali & Zaid Mohamad
 

Supaya Poket tidak Kosong Lagi
Panduan mengurus kewangan peribadi cara efektif dan efisien.

Mohd Tamsir Ali, Halimah Mohd Arsat

 

Tips Bagaimana Hendak Mengurus Wang Dengan Lebih Efektif
Di dalam ebook ini, anda akan diterangkan langkah-langkah dan tips penting dari cara mengenalpasti kedudukan kewangan terkini melalui kalkulator Nilai Bersih sehinggalah kepada tip-tip menguruskan pinjaman dan hutang.

Thinkerich

 

Tip Perbankan & Insuran

Ebook Ini merupakan senarai tip ringkas dan padat berkaitan dengan urusan perbankan dan insuran yang perlu diketahui umum.
Thinkerich

 

Tip-Tip Kewangan Untuk Rakyat Malaysia
Buku ini adalah edisi terbaru hasil terjemahan daripada buku best-seller, Top Money Tips for Malaysians. Buku ini secara amnya menerangkan idea tentang wang dan berkongsi tip-tip praktikal bagaimana hendak menjana wang, membuat simpanan, dan menjamin keselamatan wang anda.

KC Lau

 

Wanita dan Dunia Kewangan Peribadi
Buku ini mempersembahkan strategi kewangan dan pelaburan bagi kaum wanita pada pelbagai peringkat umur. Daripada kawalan perbelanjaan hinggalah ke pelaburan dan perniagaan, buku ini akan membantu wanita meneliti situasi dan langkah-langkah bersesuaian yang boleh mengubah tahap kewangan mereka.

Anuar Haniff & Dr Mohd Nizal Haniff

 

Wang: Panduan CAP mengenai cara mengurusnya dan lain-lain
Buku ini membimbing anda di sepanjang perjalanan menuju jaminan kewangan masa depan.

CAP

 

Wang Tersembunyi
Buku ini memfokuskan tentang penjimatan. Seringkali kita boros berbelanja tanpa kita menyedarinya. Tip bijak membelanjakan wang berlebihan juga dikongsi khas buat pembaca.

Julmazli Dempollok

 

Bijak Wang Bersama PIDM
Pelajari kepentingan keputusan kewangan yang bijak dan berhemat dalam perjalanan kehidupan empat sekawan – Azman, Vijay, Su Lin and Dayang – terutamanya memupuk tabiat menabung dan memahami peranan insurans deposit dalam melindungi simpanan mereka di bank.

http://www.pidm.gov.my/downloads/comic_web.pdf

Last Updated on Wednesday, 03 August 2011 04:05